Fathi Aris Omar

Fathi Aris Omar, sepanjang hayatnya menghabiskan masa sebagai aktivis, penulis, wartawan, pembaca dan penjual buku, guru tuisyen, kaki sembang warung dan lelaki yang berangan-rangan. Beliau bergiat dalam gerakan pelajar dakwah sejak Tingkatan 3 sebelum diberikan tanggungjawab menjalankan penerbitan majalah Perspektif pada 1992. Selepas itu beliau kerap menulis di akhbar harian utama, akhbar pembangkang dan majalah kecil sebelum krisis 1998 menolaknya menyertai portal berita Malaysiakini. Selepas mendirikan Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI), Fathi Aris bergiat bersama kumpulan anak muda Jalan Telawi sejak 10 tahun lalu. Antara karya beliau adalah Patah Balek (2005), Rahsia Kotak Ezam (2002) dan himpunan penulis esei Pengalaman Bertuhan (2007).