Henri Chambert-Loir

Henri Chambert-Loir adalah seorang pengkaji Perancis yang bertugas bagi École française d’Extrême-Orient di Paris. Kesusasteraan Indonesia dan Malaysia, baik moden mahupun lama, merupakan bidang utama kajian beliau. Di samping itu beliau juga menyelidiki bahasa Indonesia dan agama Islam di Indonesia. Selain itu, beliau telah menterjemahkan beberapa roman dan novel penulis Indonesia (Pramoedya Ananta Toer, Umar Kayam, Putu Wijaya) dan Malaysia ke dalam bahasa Perancis.

Antara karya-karya yang telah beliau hasilkan ialah Mochtar Lubis: Une Vision de L’Indonesie Contemporaine (EFEO, 1974), Hikayat Dewa Mandu, Epopée Malaise I (EFEO, 1980), Syair Kerajaan Bima (EFEO, 1982), Ceritera asal bangsa jin dan segala dewa-dewa (EFEO, 1985), Kamus Bahasa Prokem (Grafiti, 1990), Babouin et autres nouvelles de Malaisie (Olizane, 1991), La Littérature indonésienne: Une introduction (Archipel, 1994) dan Le culte des saints dans le monde musulman (EFEO, 1995).

  • Hubungan Budaya Dalam Sejarah Dunia Melayu
    Out of stock

    Hubungan Budaya dalam Sejarah Dunia Melayu

    RM25.00