Ishak Shari

Dilahirkan pada Januari, 1948, Ishak Shari meraih ijazah ekonomi pada 1970 dan ijazah sarjana (ekonomi dan ekonometrik) pada 1972 dari London School of Economics. Selesai pengajian, beliau dilantik penolong pensyarah di Jabatan Ekonomi yang waktu itu di bawah Fakulti Sastera, UKM. Pada 1980, Ishak dilantik ka jawatan Profesr Madya dan pada 1985 dianugerahi Ph.D dalam bidang ekonomi oleh Universiti Malaya. Enam tahun kemudian beliau dilantik ke jawatan Profesor dalam bidang ekonomi pembangunan. Pada 1995 beliau berpindah ke Fakulti Sains Pembangunan. Dan pada masa yang sama beliau juga adalah Pengarah Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), di universiti yang sama.

Bidang penelitian utamanya adalah ekonomi pembangunan, khususnya tentang kemiskinan dan pengagihan pendapatan serta kemunduran di pedesaan. Kebanyakan penulisannya terarah kepada soal ketidaksamaan sosial masyarakat. Oleh kerana pengalaman tersebut, maka beliau dilantik peneliti dan perunding dalam beberapa pertubuhan termasuk ESCAP, Asia Pacific Development Center (APDC), Council for Asian Manpower Studies (CAMS), Bank Dunia, UNDP, dan Unit Perancangan Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri, Negeri Sarawak dan Johor.

Ishak juga pernah dipilih sebagai Presiden Persatuan Sains Sosial Malaysia, Penolong Setiausaha Persatuan Ekonomi Malaysia dan anggota Kumpulan Kerja Teknikal tentang Kemiskinan di Unit Perancangan Ekonomi, Malaysia. Beliau juga dipilih sebagai felo dalam Asia Leadership Fellowship Program.

Di UKM beliau memegang beberapa jawatan seperti Ketua Jabatan Statistik Ekonomi (1974-76), Timbalan Dekan (1986-88) dan Dekan Fakulti Ekonomi(1988-1990). Pada 1993-94 beliau dilantik Timbalan Dekan, Pusat Pengajian Siswazah (PPS) dan Dekan PPS dari 1994 hingga 1996. Pada waktu-waktu terjadinya migrasi desa kota besar-besaran pada 1970-an, beliau memanfaatkan kesempatan itu untuk meneliti kelompok-kelompok setinggan kota di sekitar Kuala Lumpur dan di antara dimensi migrasi yang ditelitinya ialah ketidaksamaan pendapatan yang terus-menerus menjadi fokus kajiannya.

Pada tahun 1940-an sebuah komuniti nelayan di Kelantan diteliti oleh seorang ahli antropologi yang amat terpandang, Raymond Firth, yang karyanya The Malay Fishermen: Their Peasant Economy (1946) dianggap klasik. Kira-kira 40 tahun kemudian komuniti sama dikunjungi semula oleh Ishak, lalu ditelitinya perubahan signifikan bersangkutan akumulasi modal, perubahan teknologi dan pembedaan ekonomi dalam ekonomi nelayan di situ. Tentunya tidak mungkin beliau merumuskan pengamatannya tentang perubahan tanpa mengusut secara sejarah perubahan ekonomi di Kelantan. Hasilnya ialah dua penerbitan beliau, Pembangunan dan Kemunduran di Luar Bandar Kelantan (1989) dan Ekonomi Nelayan (1990) yang diwacanakannya dalam rangka teori-teori pembangunan yang terkini, sekurang-kurangnya pada waktu penelitiannya itu dilaksanakan.

Menyedari akan keterbatasan teori-teori ekonomi yang seada-adanya, apalagi semasa Asia dilanda krisis kewangan baru-baru ini maka beliau bersama-sama beberapa teman sekerja di IKMAS, sejak dua tahun lalu, meneliti dampak globalisasi ke atas segenap segi hidup di Malaysia yang hasil-hasilnya akan diterbitkan pada tahun 2000. Juga kerana keterbatasan ilmu ekonomi pada saat ini, maka beliau antara segelintir penyaran utama pengajian multidisiplin yang dianggapnya sesuai dengan tuntutan pengetahuan abad ke-21.