Jaafar Hussin

Jaafar Hussin, dilahirkan dalam keluarga petani miskin dari rumpun keluarga yang besar di Kampung Tengah, Temerloh, Pahang dalam tahun 1923. Setelah belajar di Sekolah Melayu Temerloh, beliau melanjutkan pelajaran Bahasa Inggeris di Prince of Wales Institution, Kuala Lumpur, tamat darjah VI dan berhenti kerana Perang Dunia Kedua. Tahun 1943 di zaman pemerintahan Jepun, beliau memasuki Koa Gakuin atau Co-prosperity College, Upper Serangoon Road, Singapura yang mengeluarkan petugas juru bahasa bergelar isuyaku. Memakai lima bintang sederet di mana kemudiannya dia berkhidmat dengan sepasukan tentera Jepun di Singapura hingga perang tamat. Singapura hingga perang tamat.

Beliau telah menceburkan diri ke dalam parti politik PKMM dan API dan menyandang jawatan Ketua, PKMM daerah Temerloh di samping Bendahari, API negeri Pahang. Berikutan pengisytiharan Undang-undang Darurat beliau berhijrah ke Singapura dan berkhidmat di jabatan pengarang Utusan Melayu sehingga ditangkap oleh Inggeris pada tahun 1949, kemudian meringkuk di beberapa buah kem tahanan di Semenanjung. Beliau telah dibebaskan dalam tahun 1954 atas jaminan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dan berkhidmat dalam jabatan pengarang lidah UMNO, Malaya Merdeka. Sesudah itu, beliau berkhidmat dengan Majlis di Kuala Lumpur bersama Ahmad Boestamam, Melan Abdullah dan Hamdan. Setelah Majlis dibubarkan, bersama rakan-rakan tadi menubuhkan syarikat Pedoman Press.

Tahun 1955 bersama Ahmad Boestamam menubuhkan Parti Rakyat Malaya dan bertanggungjawab mengembangkan parti ini di negeri Pahang. Bertanding dalam beberapa pilihanraya umum sebelum bersara dari politik pada tahun 1964.

Di bidang perniagaan, beliau menjadi rakan cergas Yahaya Mohd Seh di Temerloh, penggerak utama Dewan Perniagaan Melayu Pahang (DPMP), tahun 1969 sebagai Setiausaha Kerja dan dalam tahun 1974 menyandang jawatan Pengerusi, Dewan Perniagaan/Perusahaan Melayu Malaysia, Cawangan Pahang. Menceburkan diri dalam perniagaan hardware dan pengimpot barang-barang dari China dan lain-lain negeri atas nama Dinamik Enterprise, Kuala Lumpur.

Sejak tahun 1982 pulang semula ke kampung asal, dan cergas dalam agama dan sosial, di samping bidang penulisan. Dari tahun 1964 hingga tahun 1969 menyandang jawatan Pengerusi, Dewan Persuratan Melayu Pahang, satu-satunya badan penulis tanahair yang telah wujud sejak tahun 1957 lagi.

No products were found matching your selection.