John Desmond Gimlette
John Desmond Gimlette lahir pada 1867, merupakan seorang pegawai perubatan yang pernah berkhidmat dengan Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu bermula pada tahun 1896 sehingga 1921. Selepas mendapat sijil perubatan (M.R.C.S., L.R.C.P, London) daripada St. Thomas Hospital, beliau berkhidmat di Lisbon. Tidak lama kemudian, beliau meneruskan perkhidmatannya di Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Selangor, Perak dan Pahang), dan akhirnya menjadi seorang jurubedah di Kelantan. Semasa berkhidmat di Kelantan, beliau tertarik dengan amalan perubatan tradisional yang diamalkan oleh masyarakat tempatan. Dengan kerjasama I. H. Burkhill, beliau menterjemahkan buku yang berjudul Malay Book of Medicine karya Encik Ismail (Gardens Bulettin, 1930). Selepas itu, beliau memulakan kerja penerbitan kamus berjudul The Malayan Medical Dictionary (1939) yang mengumpulkan istilah perubatan tradisional Melayu. Walau bagaimanapun, kerja penerbitan tersebut terbantut selepas beliau menghembuskan nafas terakhir pada 24 April 1934.