Mohammad Taqiuddin Mohamad
Mohammad Taqiuddin Mohamad memperoleh ijazah sarjana muda di Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Mempunyai Dua Ijazah Sarjana daripada Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya. Kemudian, menyambung Ijazah Doktor Falsafah di Universiti Malaya. Bidang yang terlibat adalah berkaitan makroekonomi perbandingan dan perbankan Islam. Beliau kini sedang berkhidmat sebagai Pensyarah kanan di Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.