Mohd Hafizuddin Syah Bangaan Abdullah

Mohd Hafizuddin Syah Bangaan Abdullah merupakan pensyarah di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana dari Monash University, Australia dan Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) dari Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang pengurusan risiko. Beliau mengajar kursus-kursus pengurusan risiko dan pengurusan kewangan. Bidang kepakaran dan penyelidikan beliau ialah enterprise risk management (ERM). Selain pengajaran dan penyelidikan, beliau juga terlibat dalam beberapa projek perundingan dengan industri seperti Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia dan International Shari’ah Research Academy (ISRA). Beliau merupakan Ahli dalam Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Risiko (NSC 25/TC 8), Jabatan Standard Malaysia dan juga Ahli Persatuan Pengurusan Risiko dan Insurans Malaysia (MARIM). Selain itu, beliau juga pernah dilantik sebagai Marker/ Examiner untuk Modul Pengurusan Risiko oleh Chartered Secretaries Malaysia (MAICSA).