Mokhtar A.K.

Mokhtar A.K. atau nama sebenarnya Mokhtar bin Abd. Karim dilahirkan pada 28 Jun 1940 di Pengkalan Asam, Kangar, Perlis. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu (Lelaki) Kangar pada tahun 1947 hingga tahun 1951 kemudian ke Derma English School Kangar dari tahun 1952 hingga 1959. Selepas tamat persekolahan, Mokhtar A.K. berkhidmat sebagai pegawai kerani pelajaran pada tahun 1964 sehingga bersara tahun 1993. Pada masa yang sama, beliau telah terpilin untuk mengikuti Kursus Penulisan Kreatif di Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang sesi 1977/1978 secara sepenuh masa. Mokhtar A.K. mula aktif dalam penulisan sejak tahun 1963, Beliau banyak menulis dalam genre sajak, cerpen, hovel remaja, dewasa, skrip drama, bangsawan, drama radio, cerita rakyat dan rencana-rencana sejarah, sastera dan pembangunan dalam majalah dan juga akhbar. Antara karya beliau termasuklah Antologi Cerpen Perjuangan (Heinemann, 1979), Dari Lembah ke Gunung (Pustaka Pendidikan, 1969), Cerita Rakyat Awang Ada Duit dan Awang Akar Larak (Perpustakaan Negara, 2015), Panglima Indera Kayangan (OBP, 2016), Pak Wan Khazim: Tokoh Pemantun dan Aktivis Sosial (Pustaka Qarya, 2017).

Beliau telan menerima hadiah Bank Dunia (World Bank) untuk novel Dewa terbitan Marwillis Publishing Shah Alam (1982) yang kemudiannya telah terpilih untuk diedarkan ke sekolah-sekolah. Karya beliau juga telah berjaya mendapat hadiah ketiga dalam Peraduan Mengarang Cerpen se-Malaysia anjuran PENA tahun 1967, manakala teater Panglima Indera Kayangan pula telah dipentaskan di panggung Bandaraya Kuala Lumpur pada 12 hingga 14 Jun 2009. Hingga kini, Mokhtar A.K. telah menghasilkan lebih 60 buah buku dalam pelbagai genre penulisan dan lebih 109 buah rencana sejarah, sastera dan pembangunan serta 19 buah karya bersama-sama penulis lain.