Muhammad Ibrahim Munsyi

Muhammad Ibrahim Munsyi ialah anak kepada Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi. Dilahirkan pada 2 Mei 1840 di Melaka dan dibesarkan di Singapura. Mendapat pendidikan agama di Teluk Belanga, kemudian belajar di sebuah sekolah missionary di bawah pimpinan Rev. B.P. Keasberry di Bukit Zion, Teluk Belanga, Singapura. Di sekolah itu, beliau mempelajari bahasa Melayu dan Inggeris, ilmu kira-kira dan percetakan. Beliau pernah menjawat berbagai-bagai tugas seperti guru, kerani, penterjemah dan pembantu khas kepada Maharaja Abu Bakar. Mulai tahun 1893, beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Johor dan pernah menjadi Timbalan Pemangku Sultan Johor bersama-sama Datuk Seri Amar Diraja. Buku-buku yang telah beliau hasilkan ialah Kitab Pemimpin Jauhar (1877) dan Benih Pengetahuan (1900). Di samping itu, beliau juga menulis untuk akhbar Bintang Timor. Beliau banyak melawat hingga ke England dan Eropah mengikut Maharaja Abu Bakar.

  • Kisah Pelayaran Muhammad Ibrahim Munsyi

    Kisah Pelayaran Muhammad Ibrahim Munsyi

    RM40.00