Muhammad Zulfadli Abdul Rahman
Muhammad Zulfadli Abdul Rahman memperoleh ijazah Sarjana Muda dari Jabatan Syariah & Pengurusan, ijazah Sarjana dan ijazah Doktor Falsafah dari Jabatan Syariah & Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Bidang yang terlibat adalah berkaitan kemiskinan, ekonomi pembangunan, Berpengalaman sebagai pembantu penyelidik bermula tahun 2014-2020. Beliau juga merupakan penerima tajaan biasiswa University of Malaya Student Financial Aid 2019 di bawah unit biasiswa dan tajaan, Universiti Malaya pada tahun 2019-2022 untuk menyelesaikan kajian di peringkat PhD beliau. Beliau pernah memenangi anugerah Platinum dalam National Poster Competition 2023 for Islamic Studies Research (CISREP 2023) bagi kajian yang dilakukan dan kini beliau sedang berkhidmat sebagai pensyarah sambilan di beberapa buah IPTS.