Nabila Yasmin
Nabila Yasmin merupakan pensyarah di Program Studi Sejarah Peradaban Islam, Fakultas Ilmu Sosial, UIN Sumatera Utara, Indonesia. Beliau menamatkan ijazah sarjana muda Aqidah dan Filsafat dari Fakultas Ushuludin IAIN Ar Raniry, Banda Aceh, Indonesia. Setelah itu, beliau melanjutkan pengajian pada peringkat sarjana (M.Phil.) di Raja Zarith Sofiah Centre for Advanced Studies on Islam, Science and Civilisation (RZS-CASIS), UTM Kuala Lumpur. Pada tahun 2016, beliau telah berjaya mempertahankan tesis yang bertajuk Mi‘rāj al-Sālikīn Karya Muḥammad Khaṭīb Langgīn dalam Tradist Taṣawwuf di Acheh Abad ke-19 di bawah seliaan Tatiana Denisova. Selain mengajar, beliau juga aktif membentangkan kertas kerja dalam pelbagai seminar, serta melakukan beberapa penyelidikan ilmiah. Beliau merupakan salah satu anggota terawal yang menyertai IIA (Islamic Institute of Aceh) sehingga sekarang. Pada masa ini, beliau juga akuf mengajar di program Tahfidz Professional ISTAID (Islamic Thought and Information for Dakwah), Medan.