Norziati Rosman

Norziati Rosman dilahirkan di Batu Pahat, Johor pada 1978 dan membesar di Negeri Sembilan. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana dalam Falsafah dan Pemikiran Islam dari Raja Zarith Sofiah Centre for Advanced Studies ‘on Islam, Science and Civilization (RZS-CASIS), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada 2018 dan sebelum itu, Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi Islam dari Universiti Isam Antarabangsa pada 2002. Seterusnya beliau menambah kemahiran dengan menyertai Kursus Penterjemahan bersama Persatuan Penterjemah Malayia (2005). Di peringkat awal, beliau terlibat secara langsung dalam penulisan fiksyen dengan menghasilkan puisi dan cerpen manakala dua buah novelnya memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan pada 2008 dan 2009.

Sehingga kini beliau turut giat melakukan kerja sambilan sebagai penterjemah dan penyunting, antaranya Pemikiran Tasawwuf Khatib Langgin (Rihla Media, 2024), Imam Al-Ghazali: Hayat & Jasa Ilmuwan Ulung (IBDE, 2023), Risalah Qalbu (Raudhah al-Miqyas, 2023), Mencari Rezeki yang Halal, Imam al-Ghazali (Halaqah Muamalah, 2023), Gelagat & Ragam Orang Melayu (IBDE, 2022), Himpunan Karya Pilihan, Wan Mohd Nor Wan Daud (RZS-CASIS & HAKIM, 2022), Kemurungan @ Depresi: Punca don Penawarnya (Nizamiyyah, 2022), Mutiara Hikam: Huraian Kitab al-Hikam (Rihla Media, 2021), Jose Rizal: Melayu Agung (IBDE, 2021), Marginalia on Malay Muslim Historiography (Muzium Pahang, 2021), Pahang dalam Catatan Kolonial (Muzium Pahang, 2021), dan Getting Serious About Boy: Girl Relationships in Islam (Khalifah Institute, 2007).

Sejak tahun 2013, beliau berkhidmat sebagai Penyunting Kanan dan Penyelaras Jualan serta salah seorang Pengarah di Akademi Jawi Malaysia. Kemahiran beliau antara lain ialah merumikan naskhah Jawi, menjawikan naskhah rumi, Menyunting terjemahan, menyunting naskhah dan membaca pruf.