Pierre Labrousse

Pierre Labrousse adalah seorang pengkaji Perancis yang bertugas sebagai Profesor di Institut National des Langues et Civilisations Orientales (INALCO), Paris, di mana beliau mengajar bahasa Indonesia-Malaysia. Bahasa Indonesia-Malaysia; kebudayaan moden di Dunia Melayu; sejarah citra-citra Dunia Melayu di Barat merupakan bidang utama kajian beliau. Pierre Labrousse adalah salah seorang daripada tiga orang yang menubuhkan persatuan ARCHIPEL pada tahun 1971.

Antara karya-karya yang telah beliau hasilkan ialah Dictionnaire général Indonésien-Français (Archipel, 1984), Manuel d’indonésien (L’Asiathèque, 1997) dan Bibliographie francaise du monde malais, 1500-1950 (dalam proses penerbitan).

  • Hubungan Budaya Dalam Sejarah Dunia Melayu
    Out of stock

    Hubungan Budaya dalam Sejarah Dunia Melayu

    RM25.00