Saiful Akram Che Cob
Saiful Akram Che Cob @ Ab Ghafar merupakan Pensyarah Kanan di Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam. Pernah menjawat jawatan pensyarah di University of Science & Technology, Sana’a, Republik Yemen; dan pernah berkhidmat sebagai Pegawai Penyelidik di Pejabat Perdana Menteri (PMO) Putrajaya, yang membantu tugasan penyelidikan, penyelarasan serta penulisan teks ucapan dasar YAB Perdana Menteri Malaysia. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Senireka Grafik dari UiTM, seterusnya ke pengajian diperingkat sarjana, dengan beroleh kelulusan Sarjana Pendidikan (Seni) dari Universiti Pendidikan Sultan Idris, dan selanjutnya, mendapat gelar Doktor Falsafah dalam bidang Pengajian Sejarah Seni, dari universiti yang sama. Aktif menulis di pelbagai media yang berorientasikan sejarah, seni, kebudayaan, politik dan falsafah; penulis juga menulis buku Propaganda Visual di era Penaklukan Jepun (1942-1945): Manifestasi Simbolik, Retorik dan Satira Radikal(ITBM, 2018).