Siti Asiah Kancana

Siti Asiah Kancana berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya. Beliau berpengalaman mengajar bahasa Thai lebih daripada 30 tahun. Beliau turut berkhidmat selaku penterjemah dan jurubahasa bagi mahkamah-mahkamah Malaysia dan institut terjemahan negara. Beliau turut pernah menjadi pemeriksa undangan untuk Kementerian Pendidikan, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan; serta penterjemah bagi Kementerian Penerangan.