Kemaskini Siri Menjadi Malaysia dan COVID-19 29 May 2021

Memandangkan angka kes COVID-19 semakin meningkat dan tiada sebarang petunjuk bahawa lekuk akan melandai dalam masa terdekat, Kawah Buku mengambil keputusan proaktif untuk tidak meneruskan proses rakaman untuk siri Menjadi Malaysia, yang disiarkan menerusi Teh Tarik Podcast secara mingguan, sehingga ke tarikh yang akan ditentukan kelak berdasarkan piawai tatakelola yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Justeru, mengisi kelompangan waktu siaran siri Menjadi Malaysia, Kawah Buku mengambil keputusan untuk mengadakan siri perbincangan secara maya, berkenaan isu-isu tempatan dan antarabangsa, sepanjang tempoh tidak berlangsungnya siri tersebut.

Bermula 29 Mei, Kawah Buku akan mengadakan siri khusus perbincangan mengenai Israel-Palestine yang akan meliputi 3 bahagian, iaitu: (i) Permasalahan Nasionalisme Iredentis, (ii) Menjayakan Cita-cita Zionisme, dan (iii) Kegagalan Dunia Arab. Kesemua perbincangan ini akan disiarkan secara langsung menerusi Facebook Live dan YouTube, berserta siaran audio menerusi Twitter Space.

Sebarang perkembangan dan kemaskini berkenaan siri Menjadi Malaysia, akan diuar-uarkan menerusi semua wahana komunikasi Kawah Buku.

TAMAT

THE LATEST NEWS AND UPDATES, DIRECT FROM KAWAH BUKU.