Kawah Buku Menerbitkan Karya Faisal Tehrani 6 November 2023

Buat pertama kalinya, Kawah Buku akan menerbitkan karya fiksyen, menerusi imprint Cerekayasa. Lebih mengujakan, projek penerbitan pertama Cerekayasa akan menampilkan seorang penulis besar tanah air, Faisal Tehrani.

Penerbitan karya Faisal Tehrani datang tanpa diduga. Kerjasama dengan Faisal Tehrani merupakan suatu kejutan kepada kami di Kawah Buku. Faisal Tehrani yang juga merupakan seorang ahli akademik dalam Pengajian Melayu, telah menjadi punca utama kepada jalan kerjasama ini dan akhirnya menerbitkan karya-karya kreatif beliau.

Karya beliau yang akan diterbitkan menerusi imprint Cerekayasa berjudul Kegawatan, dan Crises—yang merupakan terjemahan kepada Bahasa Inggeris oleh Yana Rizal. Kami memberi jangkaan kedua-dua judul ini akan berada di pasaran lewat November 2023.

Kami berharap penerbitan ini menjadi mangkin kepada Cerekayasa untuk terus menerbitkan karya-karya kreatif terpilih dan bacaan umum yang berkualiti pada masa akan datang. Sama-sama kita nantikan penampilan sulung Kegawatan dan Crises. Kami juga ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pembaca yang berterusan memberi sokongan kepada Kawah Buku.


Masukkan emel jika berminat untuk memiliki naskhah Kegawatan dan Crises, beserta ole-ole istimewa!

THE LATEST NEWS AND UPDATES, DIRECT FROM KAWAH BUKU.