Oleh-oleh istimewa; pendamping Kegawatan dan Crises 28 December 2023

Kami berfikir panjang. Sesama kami dan juga bersama penulis. Apakah sesuatu yang istimewa boleh kami tawarkan kepada teman-teman pembaca bersempena penerbitan semula naskhah Kegawatan dan edisi terjemahannya, Crises karya Faisal Tehrani.

Kami merasakan bahawa, sebagai sebuah karya yang baru beroleh nafas selepas lemas dalam terkaman penguasa, mesti disisipkan sesuatu yang istimewa untuk meraikan kebebasannya.

Nah, di sinilah kami temukan jawapannya. Sebuah drama pendek Faisal Tehrani yang belum pernah disiarkan, berjudul ‘Republik Orang Tua’; kami letakkan dalam sebuah kertas keras panjang yang dilipat elok. Biar ia berlainan dan memberikan tenaga berbeza kepada karya sedia ada.

Kemudian sebuah poskad istimewa. Selain lakaran catan oleh Ezzwan Mardzi yang serba molek, bait-bait daripada Faisal Tehrani ini juga terasa menggugah. Serasa macam pendamping yang baik untuk gawatnya sebuah Kegawatan.

Tidak dilupakan juga, setiap pembelian awal akan dikepilkan bersekali dengan penanda buku yang cantik. Inilah yang dapat kami fikirkan buat masa ini. Untuk sebuah keraian bagi kebebasan karya yang ingin hidup semula.

Hal yang penting untuk kami maklumkan juga, kami tidak dapat menyediakan pendamping keraian ini dengan jumlah yang banyak melainkan hanya 200 set terhad buat teman-teman yang memilih untuk mendapatkannya sepanjang tempoh pra-pesan.

Rebut kesemua oleh-oleh terhad lagi istimewa ini, sepanjang tempoh pra-pesan sehingga 15 Januari 2024—ya, setiap pembelian naskhah ini akan diberikan diskaun khas 10%. Klik pada butang di bawah. Selamat bergawatan!

THE LATEST NEWS AND UPDATES, DIRECT FROM KAWAH BUKU.