Ep1 – Pengenalan | Menjadi Malaysia 30 October 2020

Menjadi Malaysia merupakan sebuah siri podcast berkala saban minggu, setiap Jumaat yang mengembangkan wacana “kemenjadian” Malaysia sebagai sebuah negara-bangsa. Sepanjang siri ini, Teh Tarik Podcast membawakan Mad Koy, seorang sarjana-aktivis dalam bidang sejarah idea dan sosiologi, sebagai pembicara utama, dengan Azan Safar bertindak selaku pemudahbicara.

Narasumber

Ruhan Shahrir adalah sarjana-aktivis, penulis dan pemerhati politik nasional.

Azan Safar adalah pendiri Kawah Buku.