Ilmu Mandiri (Bah. 1); bersama Syed Farid Alatas 22 June 2023
Eurosentrisme yang menggarisbawahi sistem pendidikan bekas negara jajahan memberikan dampak manipulatif dalam proses penghasilan ilmu di rantau ini. Eurosentrisme bukan sahaja telah ‘mengetepikan’ dan ‘mendiamkan’ gagasan keilmuan peribumi malah ia juga mengasingkan ahli cerdik pandai peribumi daripada tradisi intelektual mereka sendiri. Maka Ilmu Mandiri tampil sebagai sebuah gagasan untuk membereskan manipulasi dan membetulkan kembali lensa alam fikir kita yang kabur berkiblatkan sumber ilmu Eropah semata. Ikuti bahagian satu dalam perbualan Azan Safar bersama Syed Farid Alatas seputar hal yang mengasak ini.
Narasumber
Syed Farid Alatas adalah profesor di Jabatan Sosiologi, National University of Singapore.
Azan Safar adalah pendiri Kawah Buku.