Ep2 – Sebelum Melaka: Warisan Peradaban Silam | Menjadi Malaysia 6 November 2020

Episod 2 siri Menjadi Malaysia membawakan perbincangan ke era sebelum Melaka, dengan hujahan bahawa Melaka tidak muncul dalam hampawa (vacuum). Mad Koy dan Azan Safar melawat kembali keperluan untuk melanjutkan perbincangan sejarah Malaysia sedari politi-politi (polities) yang sudah muncul di Semenanjung Tanah Melayu seumpama Langkasuka, Gangga Nagara, dan Kedah Tua, yang jauh lebih awal dari kemunculan sistem pentadbiran beraja di Melaka. Perbincangan turut menyentuh perihal Melaka yang dipilih oleh negara dalam sejarah Malaysia konvensional, yang mempunyai perkaitan dengan wujudnya data dan fakta sejarah yang lebih lengkap dan tersedia, selain dari pengaruh ideologi negara itu sendiri.

Narasumber

Ruhan Shahrir adalah sarjana-aktivis, penulis dan pemerhati politik nasional.

Azan Safar adalah pendiri Kawah Buku.