Ep5 – Sebelum Melaka: Tradisi Lisan, Monumen, dan Keharmonian Sejarah | Menjadi Malaysia 27 November 2020

Bersambung dari Episod 4 dalam siri Menjadi Malaysia yang masih belum selesai perbincangannya, Mad Koy mengulas perihal tradisi dokumentasi yang berbentuk lisan (penceritaan mulut), berbanding tradisi dokumentasi berbentuk tulisan/teks dalam masyarakat sebelum Melaka. Kekurangan tradisi pendokumentasian dalam bentuk tulisan di zaman sebelum Melaka ditambah pula dengan hampir tiadanya monumen binaan sejarah dalam skala besar yang signifikan di wilayah Semenanjung dan Sabah serta Sarawak menyebabkan permasalahan pensejarahan menjadi semakin rumit untuk dirungkai dan dibuat tafsiran secara tepat. Justeru bagaimanakah proses mengharmonikan pensejarahan Malaysia, dalam konteks dan keadaan di mana data dan maklumat masa lampau yang tidak mencukupi? Mad Koy mengajukan keperluan untuk menggabungkan pelbagai jurusan ilmu (multi-disiplin) buat menghasilkan tafsiran sejarah lampau yang lebih menyeluruh, munasabah, dan tepat.

Narasumber

Ruhan Shahrir adalah sarjana-aktivis, penulis dan pemerhati politik nasional.

Azan Safar adalah pendiri Kawah Buku.