Ep6 – Sebelum Melaka: Menjadi Raja | Menjadi Malaysia 4 December 2020

Bagaimana seorang raja menjadi RAJA, itu adalah persoalan yang cuba dirungkai menerusi perbincangan Mad Koy dan Azan sepanjang Episod 6 siri Menjadi Malaysia. Mad Koy mengutarakan beberapa andaian berdasarkan teori kepimpinan yang diajukan oleh Max Weber dan juga, pertembungan idea pembentukan sistem berkerajaan tempatan dengan idea-idea luar seperti peradaban India. Andaian ini bertitik tolak dari istilah ‘raja’ yang berasal dari bahasa Sanskrit, menunjukkan bahawa konsep raja adalah sebuah konsep pinjaman dari peradaban India yang telah disesuaikan dengan budaya tempatan.

Narasumber

Ruhan Shahrir adalah sarjana-aktivis, penulis dan pemerhati politik nasional.

Azan Safar adalah pendiri Kawah Buku.