Ep15 – Sebelum Melaka: Asal-usul Funan dan Kemenjadiannya | Menjadi Malaysia 5 February 2021

Ketiadaan teks asal Funan,menyebabkan perbincangan-perbincangan mengenai peradaban Funan menjadi sukar dan belum lengkap. Antara pelopor awal wacana ini adalah sarjana-sarjana dari Perancis, yang mula mengangkat Funan sementelah penemuan Angkor Wat. Dalam episod 15 siri #MenjadiMalaysia, Mad Koy menerokai jalur perbincangan yang wujud dalam wacana peradaban Funan, dengan premis bahawa Angkor Wat tidak wujud dalam hampawa tetapi telah wujudnya sebuah peradaban yang bersinambungan sebelum itu lagi. Jadi persoalannya. bagaimana kewujudan Funan boleh dibuktikan? Menurut Mad Koy, rekod yang wujud adalah catatan-catatan dari China yang bersifat cerita mulut (folklore) tentang kewujudan sebuah tanah sakti yang dikuasai oleh seorang raja bernama Hùntián.