Aliran Kritik Hadis Semasa mengetengahkan kajian penulis yang menguji kepelbagaian metodologi yang diamalkan pengkaji hadis semasa dalam menentukan status kesahihan hadis. Beliau mengenal pasti tiga aliran yang mendominasi perbincangan kritik hadis semasa, iaitu Sufi, Salafi dan sebuah aliran baharu yang dinamakan Ihya’ Manhaj al-Mutaqaddimin. Kajian beliau seterusnya difokuskan kepada metode kritik yang diamalkan oleh tiga tokoh hadis yang mewakili ketiga-tiga aliran tersebut, iaitu Mahmud Sa‘id Mamduh daripada aliran Sufi, Abu Ishaq al-Huwayni daripada aliran Salafi, dan Hamzah al-Malyabari daripada aliran Ihya’ Manhaj al-Mutaqaddimin. Selepas melacak aspek sejarah dan meneliti epistemologi ketiga-tiga aliran, penulis mendedahkan sebab-sebab perbezaan pandangan ketiga-tiga tokoh aliran dalam menilai kesahihan hadis dengan membandingkan prinsip dan kaedah yang mereka amalkan dalam penetapan status perawi dan kebersambungan sanad, serta dalam menganalisis ‘illah dan menaiktaraf hadis lemah. Penulis selanjutnya mencadangkan tujuh kaedah praktikal untuk dijadikan panduan dalam berinteraksi dengan kepelbagaian pandangan yang sering dijumpai dalam perbincangan kritik hadis semasa. Kajian buku ini diharapkan dapat memberikan gambaran terkini berkenaan perkembangan ilmu hadis pasca al-Albani.
Aliran Kritik Hadis Semasa
UMAR MUHAMMAD NOOR adalah pensyarah kanan di bahagian Pengajian Islam, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia.
Penerbit UM (Cetakan kedua, 2022)
xxiii + 301 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks
RM60.00
Out of stock
Penghargaan
Pendahuluan
1. Kritik Hadis: Konsep dan Sejarah
2. Pemetaan Aliran Kritik Hadis Semasa
3. Metode Kritik Hadis Mamduh, Al-Huwayni dan Al-Malyabari
4. Kekuatan Metode Kritik Tiga Aliran Semasa: Analisis Perbandingan
5. Tujuh Panduan Berinteraksi dengan Khilaf Kritik Hadis
6. Rumusan dan Cadangan
Bibliografi
Indeks
| Weight | 0.489 kg |
|---|---|
| Dimensions | 22.8 × 15.2 × 1.8 cm |
| Author(s) | |
| Format | Paperback |
| Language | Malay |
| Publisher | |
| Year Published | 2021 |
Add a review
You must be logged in to post a review
Log In












Reviews
There are no reviews yet