Digitalisasi Hadis di Malaysia: Mendepani Isu dan Cabaran Semasa

Penulisan bersama KHADHER AHMAD, AMIRRUDIN KAMSIN dan ISHAK HJ. SULIAMAN

Penerbit UM (Cetakan pertama, 2023)
xviii + 177 halaman termasuk Indeks

RM56.00

In stock

ISBN: 9789674882716 Product ID: 48323 Subject: Sub-subjects: , , , , ,
GTIN: 9789674882716
Brand: Penerbit Universiti Malaya

Digitalisasi Hadis di Malaysia: Mendepani Isu dan Cabaran Semasa menyahut seruan perkembangan ICT pada masa kini dalam pengajian hadis dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya membincangkan usaha dan cabaran yang dihadapi oleh banyak pihak dalam usaha pendigitalisasian hadis. Keperluan dalam memelihara dan menjunjung keautoritian serta ketulenan hadis daripada sebarang penyelewengan dan manipulasi oleh musuh-musuh Islam adalah isu dan cabaran yang sangat serius. Antaranya, penyebaran hadis palsu (mawdu’), penyebaran khabar Isra’illiyat dan salah faham dalam tafsiran hadis, golongan antihadis yang mengelirukan umat Islam, serangan jenayah siber terhadap matan hadis dan isu dari sudut kelemahan pemindahan data hadis teks asal ke bentuk digital. Justeru, dengan meneliti beberapa aplikasi, laman web dan perisian, buku ini mencadangkan beberapa keperluan penting bagi membantu pihak pengusaha dan pembangun hadis secara digital agar dapat menjaga dan memelihara hadis dengan sebaik-baiknya melalui panduan dalam buku ini.

Terdapat sepuluh kriteria utama yang sangat penting dalam pembangunan laman sesawang (website) dan aplikasi (apps) hadis yang dicadangkan dalam buku ini dan merupakan kriteria yang sangat penting. Dengan itu, para pelajar, ahli akademik dan penyelidik hadis yang berusaha untuk mendigitalisasikan hadis secara langsung akan dapat mengambil manfaat penting daripada buku ini. Perbincangan dalam buku ini juga boleh dimanfaatkan dan diguna pakai sebagai bahan rujukan utama bidang hadis kepada beberapa kursus yang melibatkan aplikasi dan penggunaan teknologi dan medium internet.

Prakata

1. Kepentingan Pemeliharaan dan Kawalan Hadis
2. Penularan Hadis di Internet dan Ancaman Terhadapnya
3. Usaha Mendigitalisasi Hadis
4. Pemeliharaan Hadis dalam Proses Pendigitalisasian Hadis
5. Cadangan dan Kriteria Penting dalam Pembangunan Website dan Aplikasi Hadis
6. Isu dan Cabaran dalam Pendigitalisasian Hadis

Indeks

Weight0.31 kg
Dimensions22.9 × 15.3 × 1.1 cm
Author(s)

, ,

Format

Paperback

Language

Malay

Publisher

Year Published

2023

Reviews

There are no reviews yet

Add a review
You must be logged in to post a review Log In

Related Works from these Authors

  • Warisan Hadis Ulama Nusantara

    Warisan Hadis Ulama Nusantara

    RM35.00
  • Aliran Klasik dan Moden dalam Pengajian Tafsir dan Hadis

    Aliran Klasik dan Moden dalam Pengajian Tafsir dan Hadis

    RM68.00
  • Islam dan Kearifan Tempatan: Integrasi Tradisi dan Agama (Malaysia-Indonesia-Brunei)

    Islam dan Kearifan Tempatan: Integrasi Tradisi dan Agama (Malaysia-Indonesia-Brunei)

    RM52.00
  • Hadis Ilmu Pengetahuan: Antara Fakta dengan Auta

    Hadis Ilmu Pengetahuan: Antara Fakta dengan Auta

    RM64.00