Buku Sejarah Kerajaan Melayu Patani yang dikarang oleh Ibrahim Syukri, adalah genre pertama teks sejarah Patani menurut bentuk baru yang amat berpengaruh kepada masyarakat Melayu Patani khasnya dan juga menjadi teks rujukan utama kepada penulis sejarah Patani yang terkemudian. Bentuknya baru apabila dibandingkan dengan Hikayat Patani yang masih dalam bentuk penulisan hikayat. Sejarah Patani adalah sebuah teks sejarah yang ditulis dengan kaedah dan tujuan yang nampaknya jelas kepada pengarang.
Sungguhpun asalnya, pengedaran dan penerbitannya diharamkan namun buku ini terus diperkatakan keunggulan penulisannya oleh sarjana tempatan mahupun sarjana Barat. Pada naskhah peribadi kami terdapat catatan tarikh dikeluarkan pada 15 Oktober 1958. Ini dapat dimaksudkan bahawa buku ini dicetak dan diterbitkan pada tahun 1958. Penerbitan edisi ini juga bukan penerbitan sebuah kajian teks tetapi lebih merupakan percetakan semula dan merumikan edisi jawi.
Dengan itu kelemahan atau kesilapan asal yang terdapat dalam teks Jawi dikekalkan. Edisi Ruminya memakai ejaan Rumi baru yang terpakai, manakala nama tempat dan nama individu wilayah-wilayah Selatan Thai disesuaikan dengan ejaan rasmi yang diterima pakai di sana. Buku ini diulang cetak juga dengan tujuan pesanan Ibrahim Syukri untuk orang Melayu Patani yang berbunyi, “Sesungguhnya nasib orang-orang Melayu Patani tidak harus diletakkan dalam tangan pemerintahan Siam-Thai tetapi langkah memperbaiki nasib kedudukan mereka adalah terletak di dalam tangan mereka sendiri.”
Anonymous (store manager) –
Anonymous (store manager) –
Anonymous (store manager) –
Anonymous (store manager) –
Anonymous (store manager) –