Ratu Sanggorak Api: Kajian Sosiobudaya merupakan sebuah kajian teks dan rakaman cerita yang dituturkan oleh Ibrahim Abdullah pada 14 Januari 1990 di rumah Mohd. Chik Mohamad, di Kampung Setia Jaya, Marang, Terengganu. Cerita “Ratu Sanggorak Api” dimainkan dalam bentuk wayang kulit, mengisahkan peperangan antara pemerintah, iaitu raya yang merebut seorang puteri untuk dijadikan permaisuri. Cerita “Ratu Sanggorak Api” bertemakan peperangan. Peperangan ini berlaku untuk menuntut janji. Hal ini dapat dilihat melalui watak Ratu Kusna Bari yang menerima pinangan Ratu Sanggorak Api kerana takut akan kekuatan Ratu Sanggorak Api. Akan tetapi, apabila muncul Raden Lak Juno untuk menentang Ratu Sanggorak Api, Ratu Kusna Bari sanggup melupakan janjinya dengan Ratu Sanggorak Api. Implikasi daripada sikap yang sedemikian mewujudkan konflik dan peperangan yang berpanjangan antara Ratu Sanggorak Api dengan Raden Lak Juno.
Ratu Sanggorak Api: Kajian Sosiobudaya
Disunting dan diselenggara oleh NORAINI ABD. SHUKOR dan NURUL HIDAYAH YUSOF
DBP (Cetakan Pertama, 2022)
84 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks
RM18.00
In stock
Kata Pengantar
Prakata
Pendahuluan
1. Sinopsis
2. Kajian Ratu Sanggorak Api
3. Transkripsi Cerita Wayang Kulit Ratu Sanggorak Api
4. Teks yang Dipermudah “Ratu Sanggorak Api”
Glosari
Bibliografi
Indeks
Weight | 0.122 kg |
---|---|
Dimensions | 21.4 × 14 × 0.5 cm |
Author(s) | |
Format | |
Language | |
Publisher | |
Series | |
Year Published |
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
Reviews
There are no reviews yet