Out of stock

Muhammad Rashid Rida: Pemikir dan Reformis Islam

NORAHIDA MOHAMED adalah pensyarah Pengajian Islam di Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah.

DBP (Cetakan Pertama, 2013)
215 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

 


PENAFIAN: Judul ini menepati keadaan NOS, atau “naskhah baru stok lama”. Justeru, sesetengah naskhah berkemungkinan mempunyai kesan cacat seumpama halaman bernoda, sumbing, melengkung, lusuh, dan sebagainya. Pelanggan dinasihatkan agar meneliti gambar tambahan yang disediakan untuk mendapat gambaran lebih jelas mengenai keadaan naskhah sebelum membuat pembelian.

RM25.00

Out of stock

ISBN: 9789834613969 Product ID: 885 Subject: Sub-subjects: ,

Buku Muhammad Rashid Rida: Pemikir dan Reformis Islam memberikan fokus terhadap pemikiran salah seorang tokoh islah dalam dunia Islam, iaitu Muhammad Rashid Rida. Beliau merupakan salah seorang tokoh yang memainkan peranan penting dalam pengislahan ummah ketika di ambang kejatuhan Khilafah Islamiah dan selepas kejatuhannya. Ketidakstabilan pemerintahan Islam berlaku apabila Daulah Utsmaniyah yang selama ini bertindak sebagai pelindung umat Islam mulai goyah dan secara rasminya runtuh pada tahun 1924.

Pergolakan yang terjadi pada masa tersebut bukan semata-mata memberikan kesan kepada politik umat Islam, malah turut menjejaskan ekonomi, pendidikan, dan akhlak mereka. Kebangkitan Barat yang menjajah dunia Islam satu per satu pula telah menjadikan krisis yang sedia ada bertambah parah. Dalam situasi beginilah Muhammad Rashid Rida telah bangkit mengemukakan idea islahnya. Beliau telah melalui satu perjalanan yang penuh dengan kesukaran dalam melaksanakan cita-citanya untuk membetulkan kepincangan yang berlaku ketika itu.

Namun, segala kepayahan itu ditempuh jua demi mengembalikan kegemilangan peradaban Islam yang telah hilang. Walaupun usaha beliau kurang berjaya dari sudut lahiriah, namun telah berjaya membangkitkan dan menyedarkan umat Islam tentang kelemahan dan realiti yang sedang mereka hadapi. Semoga buku ini menjadi pencetus minda dan menyuburkan jiwa perjuangan.

Prakata
Pengenalan
Penghargaan

1. KONSEP TAJDID DAN ISLAH
Pendahuluan
Takrif Tajdid dan Islah
Perbahasan Aspek Tajdid dalam Islam
Kemunculan Mujaddid
Ciri-ciri Mujaddid

2. SEJARAH HIDUP MUHAMMAD RASHID RIDA
Pendahuluan
Latar Belakang Hidup
Kehidupan Berkeluarga
Faktor yang Mempengaruhi Kehidupan
Pendidikan Awal
Pengalaman Tasawuf
Hasil Karya
Kesimpulan

3. DUNIA ISLAM PADA ZAMAN MUHAMMA RASHID RIDA
Pendahuluan
Ketidakstabilan Politik dan Pemerintahan
Kelemahan dan Kejumudan Ilmu Pengetahuan
Akhbar dan Percetakan Sebagai Wahana Islah
Campur Tangan dan Penjajahan Barat
Belenggu Khurafat dan Bidaah
Perpecahan dan Kemunduran Umat Islam
Kebangkitan Gerakan Nasionalisme
Kesimpulan

4. PEMIKIRAN ISLAH DAN PEMBINAAN PERADABAN
Pendahuluan
Pemikiran Islah dalam Politik
Pemikiran Islah dalam Agama
Pemikiran Islah dalam Masyarakat
Pemikiran Islah dalam Pendidikan
Kesimpulan

5. PENDEKATAN ISLAH DALAM PEMBINAAN PERADABAN
Pendahuluan
Penerbitan Majalah al-Manar
Kandungan Majalah al-Manar
Penerbitan Majalah al-Manar
Penubuhan Madrasah al-Da’wah wa al-Irshad
Hubungan dengan Pemerintah
Penglibatan dalam Pertubuhan Islam
Pengembaraan
Kesimpulan

6. REAKSI TERHADAP PEMIKIRAN ISLAH DALAM PEMBINAAN PERADABAN
Pendahuluan
Penentangan Terhadap Pemikiran Islah
Penerimaan Pemikiran Islah
Pengaruh Pemikiran Islah
Mesir
Malaysia
Indonesia
Kesimpulan

7. PENUTUP

Lampiran
Bibliografi
Indeks

Weight0.3 kg
Dimensions21.5 × 14 × 1.4 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 2 reviews
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
Showing 2 of 2 reviews (5 star). See all 2 reviews
  1. Anonymous (store manager)

    (0) (0)
  2. Anonymous (store manager)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.