Out of stock

Beberapa Masalah Permulaan dalam Sains Hayat dan Perubatan

SHAHARIR MOHAMAD ZAIN adalah Profesor Emeritus. Beliau adalah pemegang biasiswa Colombo (1967 dan 1975) dan perintis pelajar aliran Melayu ke seberang laut. Beliau pernah mendapat biasiswa Fulbright Scholarship untuk menjalankan kajian di University of California, Santa Cruz, Amerika Syarikat dengan fokus kepada Formulasi Mekanik Kuantum dengan Kamiran Lintasan. Beliau adalah anak Melayu pertama yang memperoleh Ph.D dalam bidang matematik dengan judul tesisnya, ‘The Formulation of Quantum Action Principle via Gateaux Variation’.

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 1990)
355 halaman

 


PENAFIAN: Judul ini menepati keadaan NOS, atau “naskhah baru stok lama”. Justeru, sesetengah naskhah berkemungkinan mempunyai kesan cacat seumpama halaman bernoda, sumbing, melengkung, lusuh, dan sebagainya. Pelanggan dinasihatkan agar meneliti gambar tambahan yang disediakan untuk mendapat gambaran lebih jelas mengenai keadaan naskhah sebelum membuat pembelian.

RM18.00

Out of stock

ISBN: 9789679421781 Product ID: 1113 Subject: Sub-subjects: , ,

Beberapa Masalah Permulaan Dalam Sains Hayat dan Perubatan merupakan karya Shaharir Mohamad Zain yang diterbitkan oleh Penerbit UKM. Beberapa Masalah Permulaan Dalam Sains Hayat dan Perubatan merupakan pelengkap kepada buku Shaharir Mohamad Zain berjudul “Ilmu Matematik Permulaan dan Penggunaan dalam Sains Hayat dan Perubatan” (1982). Masalah-masalah yang terkandung di dalam buku Beberapa Masalah Permulaan Dalam Sains Hayat dan Perubatan terdiri daripada latihan-latihan tutoran, ujian-ujian dan peperiksaan-peperiksaan kursus “Ilmu Biomatematik Permulaan” yang diberikan oleh pengarang ini pada sidang 1976/77, 1977/78 dan 1978/79 di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beberapa Masalah Permulaan Dalam Sains Hayat dan Perubatan bukan sekadar memberi “jawab” kepada sesuatu masalah tetapi menunjukkan cara sesuatu masalah itu diselesaikan. Satu kelemahan yang ketara di kalangan pelajar matematik ialah kelemahan dalam memberi “penyelesaian” kepada sesuatu masalah. Mereka begitu cepat mahu mendapatkan “jawapan” dalam erti kata yang difahaminya di sekolah, dengan melupakan atau tidak mengambil berat kepada hujah-hujah matematikanya.

Beberapa Masalah Permulaan Dalam Sains Hayat dan Perubatan menunjukkan perihal yang dimaksudkan dengan penyelesaian bermatematik. Satu daripada matlamat pendidikan matematik yang penting ialah untuk mendidik seseorang individu supaya berdiri di atas kebenaran dan menghindari penyelewengan, tegas dan rasional. Falsafah ini tersirat di dalam cara pengolahan buku ini. Buku Beberapa Masalah Permulaan Dalam Sains Hayat dan Perubatan mengambil berat tentang hujah-hujah matematik dalam penyelesaian sesuatu masalah. Buku ini amat sesuai untuk belajar sains hayat dan perubatan, dan sesiapa sahaja yang berminat terhadap penggunaan permulaan matematik di dalam dua bidang sains tersebut. Hanya penggunaan matematik tambahan peringkat SPM sahaja yang diperlukan untuk memahami buku ini.

Edisi pertama Beberapa Masalah Permulaan Dalam Sains Hayat dan Perubatan diterbitkan oleh Pejabat Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di dalam “Siri Buku Bentuk Sementara”. Sambutannya di luar dugaan menyebabkan Pejabat Penerbit UKM berusaha menerbitkan semula buku ini di dalam “bentuk yang lebih bermutu”. Di dalam edisi kedua tiada lagi ‘tulisan tangan’ dan rajah-rajah yang ‘menggelikan’ setengah-setengah pihak kerana kebengkang-bengkokan tangan penulis. Di dalam edisi ini, penulis mengambil kesempatan mengemaskinikan istilah dan simbol serta membetulkan bahasa ‘yang tidak kena’ di dalam edisi pertama dahulu. Di dalam edisi ini juga penulis menambahkan ‘masalah’ dengan memasukkan kertas-kertas peperiksaan kursus “Biomatematik Permulaan” sidang 1979/80 1988/89.

Weight0.518 kg
Dimensions23 × 15.2 × 2 cm
Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author

  • Struktur Revolusi Sains

    Struktur Revolusi Sains

    RM20.00
  • Kritikan Teori Kejadian Alam Semesta

    Kritikan Teori Kejadian Alam Semesta

    RM46.00
  • Fungsi Matematik Teritlak

    Fungsi Matematik Teritlak

    RM20.00
  • Matematik Suatu Sistem Budaya

    Matematik Suatu Sistem Budaya

    RM30.00