Islam di Nusantara: Kitab Kuning Pesantren dan Tarekat

Martin van Bruinessen adalah profesor kajian perbandingan tentang masyarakat Muslim kontemporari di Universitas Utrecth dan juga di International Institute for the Study of Islam in the Modern World (ISIM). Beliau telah menjalankan banyak penyelidikan di Kurdistan, Afghanistan dan Indonesia, dengan penyelidikan lapangan yang pertama terhadap masyarakat Kurdi di Iran, Iraq, Turki, dan Syria (1974-76) berkenaan peranan tarekat dalam gerakan nasionalisme Kurdi. Antara tahun 1982-1994, Martin meluangkan masa melakukan penyelidikan di Indonesia dan telah menerbitkan pelbagai tulisan ilmiah tentang Islam, lembaga pendidikan, tarekat dan politik di negara itu. Sebahagian hasil kajiannya di Indonesia dikumpulkan dalam buku ini. Antara buku lain yang pernah dihasilkannya ialah Sufism and the ‘Modern’ (disusun bersama Julia Howell), The Madrasa in Asia (dengan Farish A. Noor dan Yoginder Sikand), Islam and Modernity (dengan M. Khalid Masud dan Armando Salvatore), dan Producing Islamic Knowledge in Western Europe (dengan Stefano Allievi).

IBDE (2018)

436 halaman

ISBN 9789671549728

RM50.00

In stock

Islam Di Nusantara: Kitab Kuning Pesantren dan Tarekat terhasil daripada kajian yang dilakukan secara mendalam dan dalam tempoh yang panjang, berdasarkan penyelidikan di lapangan dan melibatkan ratusan sumber rujukan dari abad ke-16 hingga yang terkini. Menerusi buku ini, pengarang menjejaki antara lain pengaruh para ulama Kurdi terhadap perkembangan Islam di Nusantara, kitab kuning, tarekat dan ilmu tasawuf.

Buku ini turut membentangkan analisis terhadap pelbagai jenis kitab kuning yang digunakan di Nusantara, selain memberikan gambaran menyeluruh tentang peranan pesantren (atau pondok), tarekat dan guru-guru tarekat dalam masyarakat dan politik, khususnya di Indonesia. Menerusinya pembaca dapat memahami dinamika dan sebahagian penting sejarah Islam tradisional sebagai aliran tertua dan paling berpengaruh di Nusantara.

Petikan Prakata: Buku Islam Di Nusantara: Kitab Kuning Pesantren dan Tarekat ini mengambil pendekatan lain dan memberi tumpuan khusus kepada cendekiawan Muslim dan tradisi kerohanian yang telah berakar di Asia Tenggara sehingga mendorong orang Indonesia untuk menamakan Islam di rantau ini sebagai Islam Nusantara, untuk membezakannya dengan Islam Arab atau Islam Timur Tengah. Unsur terpenting dalam tradisi Islam Nusantara ialah teks-teks klasik yang merangkumi tradisi pengajian kitab kuning, pusat pengajian kitab kuning (pesantren, pondok) dan aliran-aliran Sufi (tarekat) yang membekalkan amalan kerohanian. Semua tradisi ini berdepan ancaman golongan modenis dan juga fundamentalis. Buku-buku moden di Indonesia atau Malaysia (kadangkala disebut “buku putih”) sedang menggantikan kitab kuning, sekolah moden menggantikan pondok dan pesantren tradisional, manakala sesetengah peranan yang dulu dimainkan oleh tarekat sedang diambilalih oleh pertubuhan moden dan pendakwah popular. Meskipun begitu, tradisi berkenaan terus mendapat sokongan lebih banyak Muslim berbanding seluruh sokongan yang diterima oleh semua modenis. Islamis dan fundamentalis.

 

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.590 kg
Dimensions 15 × 3 × 23 cm
Edition

Format

ISBN

9789671549728

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Islam di Nusantara: Kitab Kuning Pesantren dan Tarekat”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You may also like…