Out of stock

Kegemilangan Maritim Kesultanan Melayu Melaka

Oleh: Mohd Samsudin, Zulkanain Abdul Rahman & Aziz Ujang

Penerbit UKM (Cetakan Pertama 2017)
266 Mukasurat

RM40.00

Out of stock

Product ID: 2066 SKU: 9789674124977 Categories: ,

Buku ini adalah berasal daripada hasil penyelidikan yang telah dilakukan oleh penyelidik daripada universiti tempatan dan luar negara yang dibentangkan dalam Seminar Malaka sebagai Pusat Penubuhan Maritim Antarabangsa.

Bab-bab dalam buku ini disusun mengikut tema bagi memudahkan pemahaman mengenai perkembangan yang berlaku pada zaman Melaka.

Kandungan buku ini berkisar tentang kajian arkeologi berkenaan pengiraan semula tarikh penubuhan dan pengasasan Negeri Melaka yang dikatakan bermula sejak awal 1262 Masihi.

Pada masa yang sama, tajuk lain yang diberikan tumpuan adalah Melaka sebagai palabuhan maritim yang berasaskan kepada sumber dari China dan sejarah hubungan Ryukyu-Melaka yang berasaskan sumber dari Jepun.

Selain itu, buku ini juga menyingkap tentang kehebatan pelabuhan Melaka berasaskan sumber sejarah Indonesia, selain daripada menyentuh aspek kegemilangan hubungan diplomatik Empayar Melaka.

Pada ketika itu, Melaka Berjaya menjadi kuasa perdagangan terpenting yang telah menarik kuasa besar dunia mengadakan hubungan perdagangan dengan Melaka.

Melaka juga telah menjadi pusat penyebaran Islam pada rantau ini kerana Sejarah Melayu telah menggambarkan Melaka sebagai empayar Melayu dan Islam yang teguh dan stabil berdasarkan susunan politik tradisional yang teratur.

Melaka mempunyai Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka yang menjadi panduan Raja-raja dan para pembesar Melaka mentadbir Kerajaan Melaka.

Buku ini amat sesuai untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukan dalam menelusuri sejarah Kesultanan Melayu Melaka.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Dimensions 15 × 1.5 × 22.7 cm
Edition

Format

ISBN

9789674124977

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Kegemilangan Maritim Kesultanan Melayu Melaka”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.