Melayu, Nasionalisme Radikal dan Pembinaan Bangsa

AHMAT ADAM adalah Profesor Emeritus dalam bidang Sejarah. Merupakan mantan Profesor Sejarah di Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaysia Sabah dan Universiti Malaya.

Penerbit UM (Cetakan Pertama, 2013)
200 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM42.00

Only 1 left in stock

ISBN: 9789831005835 Product ID: 2648 Subjects: , , Sub-subjects: , , ,

Melayu, Nasionalisme Radikal dan Pembinaan Bangsa oleh Ahmat Adam menghimpunkan beberapa esei yang ditulis berdasarkan penyelidikan, untuk cuba membicarakan sejarah asal-usul bangsa Melayu dalam konteks gugusan kepulauan Melayu, pembentukan jati diri, dan kaitannya dengan gagasan “kemelayuan” serta kesedaran kebangsaan yang lahir sebelum Perang Dunia Kedua akibat sentuhan pengaruh dari seberang Selat Melaka.

Secara khusus Melayu, Nasionalisme Radikal dan Pembinaan Bangsa menumpukan perhatian kepada sejarah pertumbuhan dan perkembangan politik radikal dalam kalangan orang Melayu dan cuba membahaskan tanggapan serta respons mereka terhadap keberadaan bangsa-bangsa bukan Melayu dalam upaya pembentukan suatu bangsa Malaya dan kemudiannya Malaysia.

Melayu, Nasionalisme Radikal dan Pembinaan Bangsa menghimpunkan 12 makalah rangkum kertas kerja yang telah dibentangkan di beberapa seminar dan persidangan sepanjang hampir dua dasawarsa, bermula dari tahun 1994 hinggalah ke tahun 2012. Makalah yang terakhir dibentangkan ialah kepada khalayak pelajar dalam seminar anjuran Persatuan Pelajar Malaysia di United Kingdom dan Eire yang diadakan di University Warwick. Empat daripada makalah yang terkumpul ini telah pun diterbitkan, masing-masing di dalam jurnal Manu dan Historia dan majalah Perpaduan dan satu esei lagi di dalam sebuah prosiding; manakala lapan yang lain belum diterbitkan di mana-mana.

Untuk memudahkan pembaca mengikuti dengan lebih selesa perbincangan di dalam makalah-makalah ini, penulis telah menyusunnya mengikut bab, dengan urutannya dibuat berasaskan kesinambungan tema dan mauduk yang disampaikan. Bab terakhir, yang ditulis dan dibentangkan dalam bahasa Indonesia di hadapan khalayak sarjana di Bandung, walau bagaimanapun, telah dikekalkan dalam bentuk aslinya.

Penulis juga telah mengedit semula dan membuat tambahan maklumat di sana sini, mengikut kewajarannya, pada makalah-makalah tersebut, dan pada makalah-makalah yang belum diterbitkan di mana-mana. Pada bahagian-bahagian tertentu di dalam beberapa makalah yang diterbitkan sekarang ini penulis telah membetulkan beberapa kesalahan atau kesilapan yang umumnya melibatkan ejaan, penggunaan istilah, tatabahasa, dan juga kesilapan tipografi.

Kendatipun demikian, sepatah kata peringatan, sekalipun penerbitan semula makalah-makalah ini dibukukan dalam bentuk sebuah koleksi, namun, lantaran sifat asalnya sebagai kertas kerja, maka tidak dapat dielakkan jika sekiranya terdapat ulangan beberapa fakta di dalam bab-bab yang telah disusun. Seyogia dimaklumi, sebagai makalah, pembentangan setiap satu daripadanya telah dibuat di seminar yang berbeza, hadirin yang umumnya berlainan, dan bahkan fokus perbincangannya juga berbeza istimewanya perkara-perkara yang menyangkut asal usul pertumbuhan gerakan kiri Melayu dan pengaruh semangat kebangsaan Indonesia dalam gerakan nasionalisme radikal Melayu.

Upaya untuk menerbitkan makalah-makalah ini dalam bentuk sebuah buku lebih didorong oleh hasrat untuk membolehkan lebih ramai pembaca mengikuti pandangan-pandangan yang telah penulis kemukakan sehingga kini mengenai orang Melayu dan gerakan kebangsaannya. Adalah diharapkan pandangan-pandangan dari sisi lain ini dapat memberikan sedikit sumbangan fikiran terhadap muzakarah intelektual mengenai orang Melayu dan perkembangan politik semasa yang kini sedang rancak berlaku dalam kalangan anggota masyarakat Malaysia melalui media massa dan blog-blog politik di internet yang mengulas hal-hal politik semasa yang melibatkan orang Melayu.

Diharapkan penerbitan buku ini akan setidak-tidaknya dapat mengisi kepustakaan pengetahuan umum mengenai orang Melayu dan aliran yang disebut ‘kiri‘ yang dibawa dalam gerakan kebangsaan awal orang Melayu ketika menentang penjajahan. Juga menjadi harapan penulis agar mereka yang berbicara mengenai orang Melayu dan keperibumiannya di negara ini jangan melupai bahawa Melayu itu adalah sebahagian daripada bangsa rumpun Melayu yang mendiami gugusan kepulauan Melayu.

Sehingga ke hari ini perbahasan mengenai asal usul orang “Melayu” masih menarik minat para sarjana. Tetapi sampai kini pun persoalan mengenai tanah asal atau tanah induk orang Melayu itu masih belum tuntas dijelaskan. Bahkan, menurut teori mutakhir setengah-setengah ahli linguistik sejarah, bahasa Melayu itu yang serumpun dengan bahasa-bahasa Austronesia atau Malayo-Polinesia, berpangkal di pulau Borneo, yang memberi erti bahawa penutur bahasa Melayu itu mestilah pada asalnya tinggal di Borneo.

Seyogia diingati, sebahagian besar daripada bahasa Austronesia (sekitar 95%) tergolong dalam apa yang disebut kelompok “Malayo-Polinesia barat”. Ini termasuk semua bahasa yang dituturkan di Filipina, Borneo dan dari pulau Jawa ke pulau Lombok dan meliputi pusat geografis pembubaran atau diaspora bangsa-bangsa Austronesia.

Justeru dari satu segi, yang diartikan dengan “Melayu” adalah penutur bahasa Melayu. Dari sudut linguistik sejarah pula, bahasa Melayu purbakala seperti yang dirujuk di dalam Bab 1: Identiti dan Citra Melayu dalam Lintasan Sejarah Bangsa Rumpun Melayu dengan istilah “Malayic” adalah rumpun bahasa yang berasal daripada keluarga bahasa-bahasa Malayo-Polinesia atau Austronesia, dan para penuturnya, yakni bangsa-bangsa Mongoloid Selatan atau Austronesia, adalah “rumpun bangsa” yang merupakan nenek-moyang bangsa-bangsa rumpun Melayu yang dewasa ini tersebar dari Champa, sebahagian Vietnam, wilayah-wilayah di selatan Thailand, dan Tanah Semenanjung Melayu sampai ke seluruh Kepulauan Melayu yang, sebahagian besar daripadanya pada hari ini, dikenali sebagai Kepulauan Indonesia.

Prakata
Senarai Singkatan

1. Identiti dan Citra Melayu dalam Lintasan Sejarah Bangsa Rumpun Melayu

2. Mempertikaikan Kemelayuan: Identiti Melayu Menyeberang Sempadan

3. Islam di Malaysia: Sedikit Latar Belakang Sejarahnya
• Kedatangan Islam ke Asia Tenggara
• Islam di Malaysia
• Sejauh manakah Melaka berperanan sebagai sebuah pusat penyebaran Islam?
• Antara Melaka dengan Aceh sebagai kerajaan Islam
• Faktor Bugis dalam budaya politik Melayu
• Inggeris Bertapak
• Perkembangan Islam pada abad ke-19
• Gerakan Kaum Muda dan Pan-Islam
• Pers dan Pendidikan sebagai Pemangkin Kesedaran
• Tumbuhnya Kesedaran Politik

4. Perpaduan Umat Melayu: Satu Tafsiran Sejarah

5. Pengaruh dari Indonesia dalam Aliran Kiri Gerakan Kebangsaan Melayu
• Bilakah Istilah “Indonesia Raya” digunakan?

6. ‘Melayu Raya; sebagai gagasan Politik Antikolonial dalam Sejarah Perjuangan Kemerdekaan

7. Kesedaran Politik Bumiputera Sabah

8. Perlembagaan Rakyat: Upaya Kaum Bukan Melayu dan Aliran Kiri Melayu Membina Nasion Malaya yang Berbilang Bangsa

9. Politik Melayu dan Semangat Kebangsaan
• Quo Vadis Nasionalisme Melayu?

10. Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan: Sikap Orang Cina Malaysia Terhadapnya

11. Permasalahan Kebudayaan Kebangsaan: Menjenguk Kembali Isu-isunya

12. Pembinaan Nasion dan Masalah-Masalahnya: Pengalaman Malaysia

Glosari
Bibliografi
Indeks

Weight0.325 kg
Dimensions20 × 14 × 0.7 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 1 review
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. Anonymous (store manager)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author

  • Peranan Intelektual

    Peranan Intelektual

    RM18.00
  • Sejarah dan Bibliografi Akhbar dan Majalah Melayu Abad Kesembilan Belas
    Out of stock

    Sejarah dan Bibliografi Akhbar dan Majalah Melayu Abad Kesembilan Belas

    RM15.00
  • Batu Bersurat Terengganu: Betulkah Apa yang Dibaca Selama Ini?

    Batu Bersurat Terengganu: Betulkah Apa yang Dibaca Selama Ini?

    RM32.00
  • Hikayat Hang Tuha (Atau Hikayat Hang Tua)

    Hikayat Hang Tuha (atau Hikayat Hang Tua)

    RM75.00