Ahmat Adam

Ahmat Adam adalah seorang sejarawan yang sampai kini masih giat menulis dan membicarakan tentang sejarah tanah air. Anak kelahiran kampung Selandar, Melaka ini telah menghasilkan tidak kurang daripada 16 buah buku bersifat ilmiah yang mencakupi sejarah wilayah Indonesia dan Malaysia. Dengan berlatar belakangkan pendidikan sekolah Melayu yang diterimanya antara 1947 dan 1951, disusuli dengan pendidikan sekolah Inggeris pada tahun 1952 dan masa selepasnya, beliau bukan sahaja menjadi sangat selesa dalam penggunaan kedua-dua bahasa, tetapi juga menguasai tulisan Jawi lama yang dipelajarinya ketika di sekolah Melayu.

Pendidikan pasca menengah Ahmat Adam berupa dua tahun pengajian di Maktab Perguruan Bahasa (1961-1962), setahun di Maktab Perguruan Ilmu Khas (1965, dalam bidang Seni Lukis), dan tiga tahun di Universiti Malaya (1967-1970) dalam bidang pengajian Melayu dan Sejarah. Ketika berada di Universiti Malayalah beliau berkesempatan belajar bahasa dan kesusasteraan Sanskrit, yang ternyata sangat memberi manfaat pada usia tuanya untuk secara serius mengkaji manuskrip Melayu dan sastera sejarah orang Melayu.

Kendati demikian, peluang terawal untuk beliau mengkaji manuskrip Melayu bertulisan Jawi, sebetulnya bermula ketika beliau menuntut di School of Oriental & African Studies, Universiti London (1970-1975). Pada tahun 1970-1971 beliau telah berpeluang membaca warkah raja-raja Melayu dari wilayah Semenanjung, Johor-Riau-Lingga, Sumatera, Kalimantan, Jawa dan Bali yang dikirim kepada Stamford Raffles pada awal abad ke-19. Kajian ini kemudiannya telah diselesaikan pada tahun 1971 sebagai sebuah tesis untuk ijazah Master of Arts beliau dalam jurusan sejarah.

Sehingga kini, Ahmat Adam telah berhasil menerbitkan empat buah karya penting, yang masing-masing berjudul Sulalat us-Salatin (2016), The Terengganu Inscription (2017), Hikayat Hang Tuha (atau Hikayat Hang Tua) 2018 dan terbaru, Hikayat Raja Pasai (2019).