Out of stock

Travelog Pulau Buton: Menjejak Warisan Melayu Silam

FAIZAL HILMIE YUSOF adalah Penolong Pengarah Kanan, Pusat Manuskrip Melayu.

Perpustakaan Negara Malaysia (Cetakan Pertama, 2014)
124 halaman termasuk Bibliografi

RM15.00

Out of stock

Travelog Pulau Buton: Menjejak Warisan Melayu Silam merupakan sebuah inisiatif pengesanan dan pendokumentasian manuskrip Melayu di Pulau Buton, Sulawesi Tenggara, Indonesia bagi memenuhi aspirasi Pusat Manuskrip Melayu sebagai repositori manuskrip Melayu terbesar di dunia. Proses mengesan keberadaan manuskrip Melayu terutamanya dalam simpanan individu merupakan proses yang yang sangat rumit dan memerlukan kemahiran rundingan yang tinggi. Hal ini disebabkan kerana sebahagian besar individu yang menyimpan manuskrip Melayu masih mengekalkan tradisi turun temurun yang mereka warisi untuk tidak mendedahkan manuskrip Melayu simpanan mereka kepada orang lain.

Walau bagaimanapun, segala halangan dan kekangan yang dihadapi berjaya dileraikan hasil kesungguhan dan sokongan daripada kumpulan penyelidik Universiti Malaya. Hasilnya Perpustakaan Negara Malaysia telah berjaya merungkai taburan manuskrip Melayu di Pulau Buton dan ianya telah disenaraikan sebagai salah satu tempat yang menyimpan dan memperjuang warisan intelektual Melayu silam.

Dalam menggapai impian sebagai pakar dalam bidang yang diceburi memerlukan daya usaha yang kental. Usaha membina kepakaran bukan sahaja dilakukan melalui pengkajian, pembacaan dan menghadiri seminar bahkan denyut nadi masyarakat yang menyimpan warisan manuskrip Melayu perlu dirasai dan dikecapi semasa melaksanakan kajian lapangan. Natijahnya ia bukan sahaja mengetahui keberadaan manuskrip Melayu dalam simpanan masyarakat malah memahami sosio budaya masyarakat tempatan.

Pulau Buton merupakan contoh menarik dari sebuah negara muda terutamanya melibatkan ruang lingkup Republik Indonesia yang sangat besar jajahan pemerintahannya. Bermula dari abad ke-15 sehingga abad ke-20 kerajaan Buton berjaya mengekalkan kedaulatannya bahkan berupaya memperluas dan memperkembang pengaruhnya kepada dunia luar, sementelah pula terdirinya kerajaan beraja atau kesultanan pada pertengahan abad ke-16.

Hinggalah pada awal abad ke-20 kesultanan ini telah digabungkan ke dalam wilayah jajahan Hindia Belanda walaupun sempat melanjutkan menjadi suatu daerah swapraja. Justeru, pada tahun 1960 berakhirlah dinasti kesultanan Buton setelah beberapa bulan kemangkatan Sultan Muh. Falihi (1937-1960) Sultan Buton Terakhir.

Menurut penduduk tempatan, Buton menganut Islam sepenuhnya setelah Sheikh Abdul Wahid, mubaligh dari Johor mengislamkan raja yang memerintah pada waktu itu Lakiponto pada tahun 948 H bersamaan 1542 M. Setelah menganut Islam, baginda menukar namanya kepada Sultan Murhum Qaimuddin Khalifatus Khamis pada tahun 1558 M. Dipercayai Buton pada peringkat awalnya menganut agama Hindu memandangkan hubungan erat mereka dengan kerajaan Hindu Majapahit di Jawa. Setelah itu, pemerintah Buton mengangkat agama Islam sebagai agama rasmi bagi kerajaan Buton.

Buton juga dikenali dalam dokumen pensejarahan Barat sebagai suatu lokasi yang sangat strategik kerana menjadi jalan perdagangan utama bagi produksi rempah ratus. Selain itu, pelabuhannya juga berperanan sebagai pusat persinggahan utama bagi pembaikan kapal dan seumpamanya memandangkan bumi Buton kaya dengan hasil hutan yang boleh digunakan untuk membaiki kapal.

Weight0.295 kg
Dimensions21 × 14.8 × 0.9 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.