8 Perkara Yang Anda Perlu Ubah Untuk Membaca Lebih Banyak Buku Dalam Setahun 20 October 2017 – Posted in: Buzz

8 Perkara yang akan kami kongsikan ini bukanlah cerita rekaan kami, tetapi ia adalah dari seorang lelaki yang bernama Neil Pasricha, kolumnis di Harvard Business Review. Lelaki ini telah berjaya membaca 50 buah buku setahun berbanding hanya 5 buah sahaja pada tahun sebelumnya. Lelaki ini juga hanya membaca dengan kadar biasa bukan dengan tergesa-gesa ataupun speed-reading.

Pasti ada perkara yang telah lelaki ini lakukan sehingga berjaya meningkatkan pembacaannya. Ayuh, di sini kami kongsikan 8 tips menarik ini.

Jadikan Membaca Perkara Utama di Rumah

Dalam erti kata yang lain, menghapuskan segala perkara yang akan memberikan gangguan kepada pembacaan anda.

Sebagai contoh, lelaki ini telah memindahkan TV dari ruang utama rumahnya ke bilik setor dan digantikan dengan rak buku.  Kesannya, TV tidak lagi menjadi perkara utama di rumah, dan buku menjadi objek yang akan sentiasa dilihat dan disentuh.

Wujudkan Komitmen

Tanpa sebarang taruhan, kita tak akan pernah bersemangat untuk lakukan sesuatu.

Buka satu akaun anda di Goodread dan di ruangan ‘Book Challenge’ letakkan target berapakah buku yang anda akan baca sepanjang tahun dan mula menyenaraikan buku-buku yang anda sudah habis baca ke dalam akaun tersebut. Ajak beberapa lagi orang kawan untuk memeriahkan ‘Book Challenge’ ini.

Cari Senarai Bacaan Yang Boleh Dipercayai Dan Teratur

Kadang-kadang dalam banyaknya buku yang diterbitkan sepanjang tahun menyebabkan kita keliru dengan buku apakah yang kita patut baca.

Di sini, kita boleh melihat senarai yang telah dicadangkan oleh nama-nama besar yang telah berjaya dalam kehidupan mereka. Kebiasaannya mereka akan mengeluarkan senarai bacaan-bacaan menarik bagi tahun tersebut ataupun yang telah pun mereka baca sebelum ini.

Ubah Mindset Tentang Berhenti Membaca

Mula tanamkan dalam diri peraaan kecewa jika gagal untuk menghabiskan bacaan dan bangga apabila dapat menghabiskan sesuatu bacaan.

Tanam juga keyakinan dengan habisnya satu pembacaan akan memberikan ruang kita untuk membaca buku yang lebih menarik selepas ini.

Memilih Buku Yang Sesuai dengan Anda Untuk Dibaca

Antara petua awal ketika memilih buku untuk dibaca, mulakan dengan membaca 5 mukasurat pertama buku tersebut , jika hanya separuh sahaja dapat dihabiskan, tinggal buku tersebut dan cari buku yang lebih sesuai untuk anda,

Pastikan Buku Anda Tidak Kekal Di Tempatnya

Jangan hanya jadikan rak buku anda hanya sebagai bahan artistik. Kadang-kadang siap ada pasu bunga lagi. Dalam seminggu, buku-buku yang baru dibeli atau dipinjam boleh dimasukkan ke atas rak, sementara buku-buku lama boleh dikeluarkan samada untuk diberikan kepada rakan-rakan, dijual kepada buku terpakai atau diberikan kepada perpustakaan.

Dinamisme ini akan menyebabkan anda selalu menyibukkan diri di rak buku dan sentiasa dapat menyentuh buku-buku yang pelbagai untuk dibaca.

Baca Buku Fizikal

Di kala sekarang adalah zaman di mana semua ingin mengadap skrin sepanjang masa, adalah baik untuk mempunyai perubahan dengan memegang buku fizikal di tangan anda.

Sekiranya anda ingin memahami lebih mendalam, ia boleh dikatakan perlambangan fizikal terhadap evolusi dan perubahan yang berlaku dalam fikiran anda semasa membaca.

Pastikan Buku Sentiasa Di Tangan.

Kita sentiasa mempunyai satu pandangan bahawa kita boleh membaca buku di kala punyai waktu lapang. Hakikatnya, waktu lapang berlalu pergi dan buku tetap juga tidak di baca.

Maka, pilihan yang ada ialah anda perlu sentiasa memegang buku dan dibawa kemana-mana anda pergi dan mula membaca dalam setiap sekang ruang masa yang ada samada ketika beratur di atm atau bank, ketika menunggu kawan mahupun ketika anda sedang menunggu giliran di tandas!

Selamat Membaca!

Olahan dan terjemahan dari tulisan asal bertajuk 8 Ways to Read (a Lot) More Books This Year tulisan Neil Pasricha menerusi Harvard Business Review bertarikh 3 Feb 2017.