Ahnaf Wafi Alias

Ahnaf Wafi Alias berkhidmat sebagai Pegawai Penyelidik, Muzium Pahang semenjak tahun 2014. Setelah dilantik menjadi penyelidik, beliau telah membuat kajian berkaitan “Pameran Siri Rasa Bertuhan” yang dijalankan di Muzium Seni, Kuantan. Dalam masa yang sama terlibat secara langsung dalam menyiapkan susun atur dan jalan cerita “Pameran Muzium Masjid Sultan Abdullah, Pekan, Pahang”. Pada 2016, beliau dilantik sebagai Kurator, Muzium Pahang. Sejak itu, beliau terlibat dalam kerja-kerja penulisan dan penyuntingan buku serta artikel Muzium Pahang.

Selain itu, beliau juga telah membantu dalam melengkapkan maklumat-maklumat berkaitan galeri pameran Muzium Pahang seperti Galeri Kehambaan; Galeri Kesultanan Melayu Pahang-Daulat Tuanku; Galeri Arkeologi & Sejarah Peradaban Awal Pahang; Galeri Sumbangan Islam Kepada Tamadun Dunia dan Galeri Islam di Alam Melayu dan Pahang. Setelah penubuhan Pusat Kajian Sejarah dan Tamadun Al-Sultan Abdullah — Muzium Pahang (AL-ASAR) pada 2021, beliau diamanahkan untuk melaksanakan penyelidikan berkaitan artifak-artifak khususnya manuskrip-manuskrip Bahasa Jawi koleksi Muzium Pahang dengan kerjasama universiti-universiti tempatan dan agensi-agensi berkaitan.