Amida @ Hamidah Abdul Hamid

Amida @ Hamidah Abdul Hamid atau juga dikenali dengan nama Amida Abdulhamid menulis karya kreatif dengan nama pena ANIS. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana (Falsafah) dari University of Winconsin-Madison, Wisconsin, Amerika Syarikat dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari Universiti Malaya. Beliau pernah bertugas sebagai pensyarah Falsafah (Estetika, Etika, Retorik dan Logik) di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya. Beliau menghasilkan Pengantar Estetik, Rangkaian Falsafah dalam Analisis Sastera dan Persoalan Dendam dalam Sastera Melayu. Beberapa buku dan karya ecerannya pernah memenangi anugerah, termasuk Hadiah Sastera Johor Darul Takzim, Hadiah Sastera Malaysia dan Hadiah Sastera Perdana Malaysia.