Muhammad Helmy Abdul Gapar

Muhammad Helmy Abdul Gapar adalah penulis dan calon Doktor Falsafah Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia, dengan tesis berjudul “Sukan dan perubahan sosial : kajian terhadap perkembangan sukan bola sepak di Malaysia (1970-2015)”. Beliau merupakan ketua editor kepada laman sesawang NeonBerapi.com, dan pada tahun 2021, beliau dilantik oleh Universitas Muhammadiyah Surakarta sebagai Ahli Lembaga Penasihat International Conference on Community Empowerment and Engagement (ICCEE) yang berlangsung secara maya. Sehingga kini, beliau telah menerbitkan beberapa buah buku yang bernuansa akademik dan popular seperti Historiografi Politik Sabah (2018), Melaka Warisan Kita: Himpunan, Esei dan Gambar (2017) dan Lastik! Lontaran Batu-Batu Kerikil (2016).

  • Arus Bawah: Kuasa Budaya dalam Pengalaman Malaysia

    Arus Bawah: Kuasa Budaya dalam Pengalaman Malaysia

    RM60.00
  • Gender dan Deradikalisasi: Keganasan dalam Aman

    Gender dan Deradikalisasi: Keganasan dalam Aman

    RM35.00