Gender dan Deradikalisasi: Keganasan dalam Aman

Disunting oleh KARTINI ABOO TALIB @ KHALID, MOHD IRWAN SYAZLI SAIDIN dan ZAIREENI AZMI

Penerbit UKM (Cetakan pertama, 2022)
154 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM35.00

Only 1 left in stock

ISBN: 9789672519720 Product ID: 38341 Subjects: , Sub-subjects: , , ,

Gender dan Deradikalisasi: Keganasan dalam Aman menghimpunkan perbahasan dan kupasan mengenai usaha dan proses pemulihan semasa dan selepas individu bekas tahanan gerakan ekstremisme atau terorisme kembali ke pangkuan masyarakat. Buku ini kritikal untuk memahami punca, faktor dan usaha negara dalam mengawal dan membanteras gerakan keganasan dalam masyarakat. Jaringan global gerakan pengganas telah menggunakan secara maksima kemudahan media sosial untuk menarik ahli baharu menyertai gerakan pengganas secara meluas di seantero dunia. Sama ada wanita atau lelaki, penglibatan bersama gerakan pengganas ini menjadikan mereka mangsa bagi agenda politik oleh kepentingan pihak tertentu. Walau pun gerakan pengganas ini lebih tertumpu di Timur Tengah, rantau Asia Tenggara termasuk Malaysia sering dijadikan hub gerakan pengganas bagi memobilisasi aktiviti termasuk merekrut dan melakukan transaksi kewangan di persisiran secara haram. Perkongsian kisah hidup bekas tahanan gerakan terorisme ini membuka ruang perbahasan yang lebih tuntas dalam meneliti fungsi dan peranan institusi serta pendekatan bagi maksud mencegah serta intervensi yang dilaksana telah berkesan atau perlu disemak semula.

Fenomena wanita radikal dalam gerakan sosial yang bersifat ekstrem adalah minima; perkara ini bukan suatu yang ganjil, jika mengambil contoh pengebom berani mati di Sri Lanka yang melibatkan pejuang wanita Tamil Elam, pejuang wanita di Chechnya, dan beberapa kawasan di Timur Tengah. Golongan wanita ini berani mati kerana merasakan mereka telah lama ditindas, dizalimi, dan mengambil langkah drastik sebagai jalan akhir. Tindakan ini menjadi debat yang hangat dan berlarutan dalam konteks kepercayaan dan etika. Sering kali perkara ini dilihat sebagai wanita menjadi mangsa manipulasi politik. Tambahan lagi, keinginan memahami wanita yang digelar radikal ini juga mahu mendapatkan perkongsian cerita dari ‘mulut mereka sendiri’ dan bukannya informasi yang boleh dilayari dari internet dan media sosial. Ini kerana rata-rata maklumat dan naratif dari sumber media sosial dan Internet telah dikontsruksi oleh kumpulan tertentu dengan niat dan agenda tersendiri. Sehingga menimbulkan cabaran baru untuk mengasingkan maklumat yang benar dan yang telah ditokok tambah.

Secara relatif, dorongan penglibatan wanita radikal yang terjerumus dalam gerakan pengganas seperti DAESH dan ISIS ini lebih kepada menuruti pasangan mereka yang secara tidak sengaja atau sengaja terpengaruh dengan janji atau memahami maksud jihad dalam konteks yang berbeza dari biasa. Dalam banyak keadaan, mereka yang terlibat dengan gerakan ini adalah mereka yang mempunyai ceritanya yang tersendiri sama ada mahu menyuci diri dari dosa silam, memberi sokongan kerana berpandangan semua jihad menentang kafir akan mendapat jaminan syurga, atau menjadi pelayar laman-laman sosial media mengenai jihad atau peperangan di Timur Tengah lalu terperangkap dengan wadah perjuangan puak pelampau tanpa menyelidiki secara teliti agenda sebenar yang dibawa.

Pengalaman wanita radikal dikongsikan disini sebagai panduan untuk memahami bagaimana gerakan pengganas di luar negara berjaya menarik hati wanita Malaysia untuk terlibat dalam perjuangan yang belum jelas matlamatnya. Lebih menarik lagi wanita ini tinggal di sebuah negara yang relatifnya aman tanpa keganasan harian yang boleh dirujuk sebagai pencetus keinginan memilih jalan hidup sebagai pengganas. Walaupun pengaruh media sosial dan globalisasi merupakan faktor utama yang mendedahkan dan mempengaruhi minda serta tindakan wanita radikal, dalam banyak keadaan, mereka menjadi alat eksploitasi. Mereka tertipu atau ditipu, atau kurang faham sebab penahanan. Sudah tiba masanya bagi mereka untuk bangun daripada lena yang panjang dengan pendirian berani bagi menolak keganasan.

Senarai Jadual & Rajah
Prakata

1. Radikal dalam ‘Aman,
Kartini Aboo Talib @ Khalid, Mohd Irwan Syazli Saidin & Zaireeni Azmi

2. Islam, Aktivisme dan Gerakan Pelampau
Ahmad Munawar Ismail

3. Wanita Muslimah dan Gerakan Sosial
Salasiah Hanin Hamjah

4. Gender dan Terrorisme
Zaireeni Azmi

5. Tahanan Radikal — “Inilah kisah ku…”
Kartini Aboo Talib @ Khalid, Zaireeni Azmi & Muhammad Helmy Abdul Gapar

6. Rehabilitasi dan Deradikalisasi
Mohd Irwan Syazli Saidin & Suhaila Mahat

7. Epilog
Kartini Aboo Talib @ Khalid

Rujukan
Senarai Penyumbang
Indeks

Weight0.241 kg
Dimensions22.8 × 15.2 × 0.8 cm
Author(s)

, , , , , ,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.