Islam Dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu

Syed Muhammad Naquib al-Attas (Bogor, 5 September 1931) ialah seorang cendekiawan Muslim, ahli falsafah dan Tokoh Melayu Terbilang 2011. Beliau menguasai ilmu teologi, falsafah, metafizik, sejarah, dan kesusasteraan. Beliau juga menulis pelbagai buku dalam bidang pemikiran dan peradaban Islam, khususnya tentang sufisme, kosmologi, falsafah, dan kesusasteraan Melayu. Pada tahun 1987, al-Attas telah mengasaskan International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) di Kuala Lumpur. Antara karya utama al-Attas adalah Islam and Secularism (1978), Prolegomena to the Metaphysics of Islam: An Exposition of the Fundamental Elements of the Worldview of Islam (1995), and Historical Fact and Fiction (2011).

Penerbit UKM (Cetakan Keenam 2016)
87 halaman

RM20.00

In stock

Islam Dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu merupakan teks ucapan al-Attas ketika mempersembahkan Sharahan Pengukuhan pelantikan pada jawatan Profesor Bahasa dan Kesusasteraan Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur, yang diuchapkan pada 24 haribulan Januari tahun 1972 di Oditorium Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur.

Sharahan Islam Dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu merupakan suatu mukaddimah mengenai peranan Islam dalam peradaban sejarah Melayu-Indonesia, dan kesannya dalam sejarah pemikiran, bahasa, dan kesusasteraan Melayu.

Bahwa sesungguhnyalah sharahan ini bertujuan untuk memajukan satu renungan ilmiah yang luas mengenai peristiwa perabadan dalam sejarah Kepulauan Melayu-Indonesia. Apabila kita tinjau luasan alam sejarah insan dari abad datang kezaman, akan kita dapati sekali-sekali suatu pergolakan hebat yang merobah nasib suatu bangsa dan daya sejarah bangsa itu, sehingga perubahan itu menandakan suatu zaman baru. Pengertian ‘zaman baru’ itu ialah suatu zaman yang mempunyai chiri2 yang penting dan yang bersifat persendirian serta berlainan dengan sifat2 zaman yang lampau, zaman yang menayangkan pandangan hidup yang berbeda daripada yang lampau, zaman yang menubuhkan bukan sahaja rupa baru bahkan juga jiwa baru.

Pada kebiasaannya dalam penulisan sejarah Kepulauan Melayu-Indonesia perbandingan2 yang direkakan oleh para sarjana dan ahli sejarah Barat mengenai kiasan2 yang berlaku dalam sejarah adalah perbandingan dengan sejarah benua India, yang dianggap oleh mereka se-olah2 mewujudkan segara peristiwa sejarah kita. Dalam sharahan ini izinkanlah saya membuat perbandingan dan memberikan kiasan yang tiada berdasarkan pandangan terhadap sejarah benua India. Saya akan menolehkan pandangan saya kepada sejarah Eropa pada takat sebelum timbulnya keadaan baru yang menerbitkan Abad Pertengahan sejarah itu, dan dalam pada itu juga akan mengemukakan pandangan2 mengenai pengaruh terbitnya Islam terhadap penjelmaan Abad Pertengahan di Eropa.

Weight 0.195 kg
Dimensions 15.3 x 0.6 x 22.8 cm
Edition

Format

ISBN

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Islam Dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu”

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.