Out of stock

Bunga-Bungaan Malaysia

Oleh: Ismail Saidin

DBP ( Edisi Ketiga Cetakan Pertama 2013)
582 halaman

RM140.00

Out of stock

Bunga-Bungaan Malaysia (Edisi Ketiga) ini mengandungi huraian tentang tanaman hiasan di Malaysia dan dilengkapi dengan ilustrasi dan gambar warna. Buku botani, pertanian, hortikultur dan lain-lain. Malaysia dianugerahkan dengan pelbagai spesies tumbuh-tumbuhan antara yang tertua dan terkaya bilangan spesiesnya di dunia.

Antara kepelbagaian spesies  tumbuhan ini terdapat banyak tanaman hiasan yang ditanam bagi mengindahkan persekitaran kita. Namun demikian, tidak terdapat banyak buku yang menerangkan tentang tanaman hiasan ini secara terperinci beserta ilustrasi dan gambar berwarna dalam bahasa Melayu.

Tujuan utama buku Bunga-Bungaan Malaysia ditulis adalah untuk dijadikan panduan mengenal pasti spesies tanaman hiasan yang terdapat di Malaysia. Pelajar-pelajar dalam bidang hortikultur, sains pertanian, botani, pengusaha-pengusaha semaian dan mereka yang meminati alam bunga-bungaan sentiasa menghadapi masalah dalam mengecam dan mengenal pasti spesies tanaman hiasan di negara ini. Masalah ini menjadi bertambah rumit kerana nama-nama tempatan tidak begitu lengkap, berbeza-beza antara satu tempat dengan tempat yang lain. Spesies tanaman hiasan yang diperkenalkan dari luar negara dan yang telah hidup baik di negara ini pula, kebanyakannya tidak mempunyai nama tempatan.

Sebagai buku panduan, nama saintifik atau dikenali juga dengan nama botani diberikan keutamaan. Ini disebabkan nama-nama ini digunakan di seluruh dunia dan untuk memudahkan khalayak serata dunia berkomunikasi mengenai spesies pokok yang sama.

Selain nama saintifik yang terkini, sinonimnya (jika ada), famili dan nama vernakular (Melayu dan Inggeris) dinyatakan. Jika tidak terdapat nama Melayu atau nama tempatan, nama botani akan dianut dengan menukar ejaannya mengikut sebutan baku.

Weight 2 kg
Dimensions 27.0 × 3.5 × 26.3 cm
Edition

Format

ISBN

9789834605520

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Bunga-Bungaan Malaysia”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.