Out of stock

Songket Malaysia

Norwani Mohd. Nawawi ialah profesor di Universiti Teknologi MARA Malaysia (UiTM).

DBP (Cetakan Kedua 2007)
152 halaman

RM170.00

Out of stock

Buku Songket Malaysia memperkenalkan rakyat Malaysia khususnya para pelajar sekolah tentang seni warisan bangsa iaitu songket Melayu dengan lebih mendalam dan berarti lagi. Sungguhpun ramai daripada kita telah lupa tentang sejarah tenunan songket Melayu, namun di sebelah Pantai Timur, Malaysia, tenunan songket masih lagi diteruskan sehingga sekarang. Teknik dan bahan tenunan songket dipercayai berasal dari China, Kemboja, India dan Arab yang dibawa oleh pedagang-pedagang yang tertumpu di tanah Semenanjung sejak zaman berzaman lagi.

Penggunaan alat tenun Melayu adalah hampir sama dengan alat tenun negara-negara lain. Seseorang penenn bukan sahaja perlu mengetahui kaedah alat tenun secara manual tetapi ia perlu mempunyai ciri-ciri imaginatif, kreatif, teliti, dan pintar dalam pengiraan. Kebanyakan corak songket terutamanya songket bercorak penuh adalah dalam bentuk transversely symmetric. Tenunan songket yang baik dapat dilihat daripada tenunan dan buatan tepi kain yang kemas. Tenunan songket yang indah terletak pada kehalusan reka corak dan motif hasil jalinan benang loseng dan pakan serta selitan benang emas.

Terdapat lebih daripada seratus motif tradisional pada kain sarung songket, kain lepas dan juga selendang. Motif dan corak songket kebanyakannya dipengaruhi oleh alam persekitaran seperti bunga, buah, bukit, laut dan awan. Songket tidak terhad pada pakaian sahaja, tetapi juga pada barang-barang perhiasan seperti sarung kusyen, pelapik, perhiasan dinding, dan barangan lain yang boleh dijadikan cenderamata. Pada masa kini corak songket juga digunakan untuk menghiasi bangunan, kad ucapan, setem, jubin, tikar getah, kertas pembalut hadiah dan sebaginya. Songket terkenal dalam tekstil Melayu kerana ia menggambarkan nilai-nilai tradisional warisan budaya Melayu.

Buku Songket Malaysia sememangnya berunsur pendidikan, yang bukan sahaja membantu pembaca memahami proses pembuatan songket dan perkembangan yang dilaluinya, malah mendalami ilmu tentang kewujudan seni ini sebagai akar umbi di alam budaya Melayu.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.880 kg
Dimensions 16 × 3.5 × 23 cm
Edition

Format

ISBN

9789836255778

Language

Publisher

Year Published