Out of stock

Asia Tenggara: Hubungan Tradisional Serantau , , ,

KOBKUA SUWANNATHAT-PIAN semasa persaraannya, memegang jawatan profesor dan Felo Kanan di Jabatan Sejarah, Universiti Perguruan Sultan Idris. Sebelum itu, beliau mengajar di beberapa buah institusi pengajian tinggi di Asia Tenggara termasuklah Chiang Mai University, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universitas Gadjah Mada, dan University of Hong Kong. Beliau juga terkenal sebagai “autoriti” dalam bidang hubungan tradisi Thai-Melayu dan sosiopolitik Thai moden. Antara penerbitan terkenal beliau termasuklah Thai-Malay Relations, Traditional Intra-Regional Relations from the Seventeenth to the Early Twentieth Centuries (OUP,1988); Kings, Country and Constitutions (Routledge Publications, 2003); Palace, Political Party and Power: A Story of the Socio-Political Development of Malay Kingship (NUS Press, 2011 ); dan Tunku: An Odyssey of Life Well-Lived and Well-Loved (UM Press, 2017).

DBP (Cetakan Kedua 2003)
257 halaman

RM24.00

Out of stock

Buku Asia Tenggara: Hubungan Tradisional Serantau adalah hasil penyelidikan penulis tentang hubungan tradisional di Asia Tenggara dari abad ke-16 hingga abad ke-19 yang wujud di kalangan pusat kuasa seperti Siam, Melaka, Myanmar, Majapahit, Vietnam, Johor. Selain hubungan dengan pusat kuasa serantau, wujud juga hubungan dengan kuasa luar seperti China, Belanda, Perancis dan British.

Penjelasan ini dapat memperbetulkan gambaran yang dibuat oleh sarjana-sarjana Barat yang hanya menekankan aspek-aspek negatif dalam hubungan serantau seperti konflik sosio politik, peperangan dan suasana politik yang berpecah-belah. Hubungan tradisional ini menjadi asas yang kukuh kepada hubungan masa kini di kalangan negara-negara di Asia Tenggara.

Weight 0.310 kg
Dimensions 14.0 × 1.5 × 21.5 cm
Edition

Format

ISBN

9789836258038

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Asia Tenggara: Hubungan Tradisional Serantau”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.