Intelektualisme Budaya

ABDUL AZIZ DERAMAN (lahir 1948) berkelulusan lulusan Universiti Malaya (1971). Kelulusan dan keterlibatannya di dalam pentadbiran terutamanya di Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan sebagai Pengarah (1981-1987), Pengarah/Setiausaha Bahagian Kebudayaan, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan (1987-1989) dan terakhir sebagai Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (1994-2008) merapatkan A. Aziz Deraman dengan bidang kebudayaan dan sastera terutamanya puisi. Tulisan-tulisannya banyak berhubung dengan kebudayaan. Antara bukunya tentang kebudayaan ialah Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia (1975), Islam dan Kebudayaan Melayu (ed. 1978), Perayaan Malaysia Kita (1987) dan Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Malaysia (1992).

DBP (Cetakan Pertama, 2006)
111 halaman

RM12.00

Only 1 left in stock

Intelektualisme Budaya merupakan himpunan kumpulan esei A. Aziz Deraman yang pernah diterbitkan oleh majalah tempatan sekitar awal tahun 1990-an dahulu. Buku ini merupakan pengenalan bagi memahami disiplin sains sosial amnya dan bidang kebudayaan khususnya serta kepentingan budaya sebagai suatu alat menyatupadukan kaum, menyemai sikap toleransi dan memahami tingkah laku kaum dalam hubungan masyarakatnya.

Sehubungan dengan itu, buku ini juga sebagai suatu usaha untuk menggalakkan minat dan penglibatan semua kaum di Malaysia terhadap dasar-dasar yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan. Kerajaan telah memperkenalkan banyak dasar semata-mata ingin mengekalkan keharmonian dan keamanan negara tetapi semuanya bergantung pada sokongan dan tindakan pihak awam.

Sekiranya dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan tidak mendapat sambutan daripada warganya, maka sudah tentu usaha untuk melihat Malaysia sebagai sebuah negara maju di bawah satu bangsa akan gagal. Buku ini sesuai untuk mereka yang mempunyai minat dalam bidang kebudayaan dan mereka yang ingin mengetahui hal ehwal kebudayaan di Malaysia dari pelbagai sudut.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.150 kg
Dimensions 14.0 × 0.8 × 21.6 cm
Edition

Format

ISBN

9789836284013

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Intelektualisme Budaya”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.