Zaireeni Azmi

Zaireeni Azmi adalah pensyarah di Rancangan Pengajian Gender, Universiti Malaya sebelum menyertai Unit Penyelidikan Wanita dan Gender (KANITA), Fakulti Sains Sosial, Universiti Sains Malaysia pada tahun 2008. Minat penyelidikan beliau merangkumi pelbagai topik termasuk isu-isu penglibatan politik wanita, pilihan raya, pendemokrasian, kepimpinan wanita di samping budaya dan masyarakat menggunakan perspektif gender. Beliau aktif dalam bidang penyelidikan dan di antara geran antarabangsa yang telah dijalankan termasuk, Revisiting Gender in Development: Complex Inequalities in a Changing Asia yang dibiayai oleh Norwegian University of Science and Technology (NTNU). Di antara penerbitan beliau yang terkini termasuk Women and The New Politics in Malaysia: The Case of the Muslimat (2016); Women’s Participation in Decision Making: The Case of Muslimat in Party Islam SeMalaysia (PAS) (2016); Women Parliamentary Candidates in GE13: Development and Direction (2017) serta How Did We Choose?: Understanding the Northern Female Voting Behaviour in Malaysia in the 14th General Election (2018).