Rosnidar Ain

Rosnidar Ain merupakan pensyarah di Bahagian Kesusasteraan, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia. Beliau memperoleh diploma dalam Penulisan Kreatif dari Institut Teknologi Seni Melaka; ijazah sarjana muda dalam bidang Kesenian Melayu dari Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya; ijazah sarjana dan ijazah doktor falsafah dari Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka dari Universiti Teknologi MARA. Bidang kepakaran beliau ialah kesusasteraan dan media baharu serta penulisan kreatif.