Syed Shaykh al-Hady

Syed Shaykh al-Hady terkenal sebagai sebagai bapa Nobel Melayu dan pelopor ulung dalam usaha mendinamiskan pemikiran orang-orang Melayu semenanjung Tanah Melayu mengikut dasar-dasar Islam. Beliau dilahirkan di Melaka pada tahun 1867 dan meninggal dunia pada tahun 1934. Syed Sheikh mendapat pendidikan pertamanya disekolah Melayu, kemudian di sekolah Arab. Semasa berada di Riau melanjutkan pelajarannya, beliau sempat berguru kepada Raja Ali Haji. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran ke Mesir untuk mendalami pengajian bahasa Arab dan agamanya.

Semasa di Mesir, beliau sempat berguru kepada Syed Muhammad Abduh, reformis yang terkenal dan berpengaruh dan juga Sheikh Jamaluddin Al-Afghani ahli falsafah yang terkemuka itu.

Sekembalinya ke tanah air, beliau memegang jawatan Peguam di Mahkamah Shariah, di Johor Baharu, kemudian beliau berpindah ke Singapura dan menerbitkan majalah Al-Imam (1906—1909) bersama-sama Sheikh Muhammad Tahir Jamaluddin Al-Azhari.

Syed Sheikh berjiwa pendidik dan lantaran itu beliau menumpukan sebahagian besar dari usahanya kepada mengajar dan mendirikan sekolah-sekolah Arab seperti Al-Iqbal di Singapura, Al-Hadi di Melaka dan Al-Mashoor di Pulau Pinang.

Oleh kerana jiwa beliau jiwa pengarang, maka pada tahun 1926 walau pun dalam keadaan yang begitu sibuk, beliau mengelolakan penerbitan majalah Al-Ikhwan. Pada tahun 1927, beliau mendirikan Jelutong Press pada tahun 1928 beliau bersama-sama Sheikh Tahir dan mengeluarkan majalah Saudara.

Antara hasil-hasil karya beliau yang terkenal adalah (a) Taman Chinta Berahi (1928); (b) Hikayat Anak Dara Ghassan (1928-1929); (c) Faridah Hanom (1928-1929); (d) Hikayat Chermin Kehidupan (1929); (e) Hikayat Nurul Ain (1929); (f) Hikayat Pembelaan Dalam Rahsia (1929-1930); dan (g) Cherita Zul Ruhain (1930—1951).