Ep17 – Sebelum Melaka: Dari Funan ke Chenla | Menjadi Malaysia 19 February 2021
Selepas Funan, siri #MenjadiMalaysia bergerak ke perbincangan mengenai Chenla—sebuah kerajaan purba yang turut muncul dalam catatan China, dan diteorikan sebagai sebuah kerajaan penyambung kepada Funan. Malah menurut Mad Koy, ada juga penemuan baharu dari pengkaji iaitu Michael Vickery yang menunjukkan bahawa Funan dan Chenla sebenarnya wujud pada era yang sama dan saling terkait antara satu sama lain, terutamanya dari segi keturunan pemerintah kedua-dua kerajaan purba tersebut.