#MenganyamNusa: Titik Temu Malaysia Terangkum | Kawah Buku x Institut Nyala 30 September 2021

Apakah pernyataan sikap yang sepatutnya kita ambil untuk meneruskan perjuangan meletakkan nama negara di persada antarabangsa ini? Apakah kita hanyalah mahu mengucapkan “merdeka, merdeka, merdeka” beberapa banyak kali sambil mengibarkan bendera Malaysia? Sepertimana kita melakukannya  beberapa kali pada tahun-tahun sebelum ini? Sekadar mengulang sebelum-sebelum ini? Tanpa mengambil sikap menyatakan bahawa kita mesti mendapatkan maksud “merdeka” itu?  Atau cukup sekadar mendapatkan maksud perkataan “merdeka” itu, tanpa ambil pusing tentang bagaimanakah boleh diterjemahkan maksud “merdeka” itu kepada pengujaran dan perbuatannya? Perlulah kita membincangkan apakah yang dipanggil perbuatan yang menerjemahkan makna perkataan “merdeka” itu? Apakah erti merdeka pemikiran? Apakah ertinya merdeka pengucapan? Apakah ertinya merdeka perbuatan? Cukupkah sekadar itu? 

Syarahan khas oleh Dr. Alinor Kadir, pengasas Persatuan Pendidikan Falsafah dan Pemikiran Malaysia (PPFPM).  Dimudahcara oleh Azan Safar dari Kawah Buku. Syarahan ini ditayangkan secara langsung pada 11 September 2021 bersempena sambutan bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia. Klip video penuh boleh ditonton menerusi saluran Youtube Kawah Buku.